`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, October 27, 2021

Bomoh mengaku tak salah rogol bakal pengantin

 

Mahkamah menetapkan esok sebagai sebutan semula kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Seorang bomoh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Kelantan atas tuduhan merogol seorang wanita yang juga bakal pengantin pada 14 Oktober lalu.

Tertuduh, Jusoh Jaafar, 67, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rozaidi Yaacob, menurut laporan Harian Metro.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang wanita yang berusia 23 tahun yang mana kerelaannya didapati dengan menggunakan kedudukan sebagai pengamal perubatan di bilik sebuah rumah di Kampung Perangkap, Bunut Susu di Pasir Mas jam 3 petang.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) Kanun yang sama. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar dan tertuduh diwakili peguam bela, Nur Fatin Syahirah Abu Hasan.

Mahkamah menetapkan esok sebagai sebutan semula kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bakal pengantin berusia 23 tahun mendakwa dirogol bomoh dikenali sebagai ‘Ayah Su’ ketika mendapatkan rawatan gangguan makhluk halus yang dialaminya, di Tendong, Pasir Mas, 14 Oktober lepas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Nasaruddin Md Nasir berkata, kejadian berlaku selepas mangsa terjumpa dengan suspek di sebuah kedai sebelum menceritakan keadaan dialaminya kepada lelaki terbabit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.