`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, October 27, 2021

Chong Wei kini duta pelancongan Sabah

 

Jafry Ariffin (tengah) menyampaikan sijil pelantikan sebagai duta pelancongan Sabah kepada Lee Chong Wei.

KOTA KINABALU: Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Lee Chong Wei hari ini dilantik sebagai duta pelancongan Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Jafry Ariffin berkata, pelantikan itu adalah berdasarkan status Chong Wei yang merupakan ikon dikenali hampir di seluruh dunia.

“Kami telah berbincang dan sangat teruja apabila beliau bersetuju menjadi duta pelancongan.

“Kami berterima kasih kepada Chong Wei kerana sudi menjadi duta pelancongan Sabah,” katanya dalam majlis ringkas penyerahan surat pelantikan itu kepada Chong Wei di sini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Joniston Bangkuai dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noredah Othman.

Chong Wei berharap dapat membantu meningkatkan lagi industri pelancongan Sabah yang sangat terjejas selama hampir dua tahun akibat pandemik Covid-19.

“Saya tahu Sabah sebuah tempat yang sangat popular sebelum ini, apabila saya pergi ke China atau Taiwan dan negara-negara lain, ramai orang menyebut pasal Sabah.

“Negeri ini sangat cantik dan mudah-mudahan saya akan dapat membawa seluruh keluarga saya bercuti di sini, seterusnya membantu mempromosikan destinasi pelancongan yang ada di Sabah.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.