`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 19, 2022

2 kluster babit institusi pendidikan dikesan di Labuan

 

Kluster Merinding 3 dan Sungai Pagar masing-masing merekodkan 21 kes serta 40 kes. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dua kluster baharu dengan 61 kes Covid-19 yang melibatkan pelajar institusi pendidikan dikesan di Labuan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata kluster itu dikesan semalam di Kampung Merinding (Kluster Merinding 3) membabitkan 21 kes dan Jalan Sungai Pagar (Kluster Sungai Pagar) yang merekodkan 40 kes.

“Kluster di Merinding dicetuskan pelajar yang pulang dari Sabah beberapa hari lepas.

“Kami menjalankan saringan ke atas 125 pelajar dan 21 orang daripada mereka didapati positif. Kesemua mereka telah menerima vaksinasi lengkap.

“Tidak semua pelajar di institusi terlibat, iaitu lebih 2,000 pelajar menjalani kuarantin, hanya mereka yang dikesan positif…pelajar lain sedang meneruskan pengajian mereka seperti biasa,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, kluster Sungai Pagar dicetuskan guru dan pelajar, dengan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan sama ada jangkitan itu berpunca dari Sabah atau komuniti setempat.

“Semua pelajar dan guru di sekolah terbabit telah menjalani saringan dan 40 orang didapati positif setakat hari ini,” katanya.

Sementara itu, Kluster Lusu Patau-patau yang dikesan dua minggu lalu dengan 19 kes, masih terkawal dan tiada kes baharu direkodkan.

Labuan menyaksikan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak dua minggu kebelakangan ini berbanding bilangan kes satu digit sebelum ini, dengan 2,137 kes aktif dicatatkan setakat semalam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.