`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 19, 2022

Samun dan larikan warga Bangladesh, 7 lelaki ditahan

 

Polis menahan semua suspek di sekitar Shah Alam dan Klang, selepas menerima laporan daripada adik mangsa.

PETALING JAYA: Tujuh lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menyamun dan melarikan seorang warga Bangladesh pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Cha Hoong Fong, berkata semua suspek berusia 20 hingga 25 tahun itu ditahan di sekitar Shah Alam dan Klang antara 1.30 pagi hingga 4 pagi semalam, selepas adik mangsa membuat laporan polis.

“Khamis lalu, adik kepada mangsa berusia 38 tahun menerima panggilan menerusi telefon milik abangnya daripada seseorang tidak dikenali yang kemudian mendakwa abangnya ada bersama mereka.

“Kumpulan terbabit meminta RM50,000 sekiranya lelaki itu mahu abangnya dibebaskan dan mendakwa akan ke rumah mereka jika tidak mendapat wang berkenaan.

“Sekitar 9.50 malam, beberapa suspek datang ke rumah lelaki itu dengan membawa abangnya. Kumpulan itu kemudian memukul mangsa dan tiga lagi rakan yang berada di rumah berkenaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, adik mangsa membuat laporan polis selepas kumpulan lelaki terbabit meninggalkan rumahnya.

“Kumpulan terbabit meninggalkan mangsa yang dilarikan mereka di tepi jalan Shah Alam sekitar 1.30 pagi. Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk mendapatkan rawatan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 395/397/365 Kanun Keseksaan dan semua suspek direman sehingga Selasa depan.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.