`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 8, 2022

2 penjenayah letup ATM di kedai serbaneka, larikan wang

 

Mesin ATM yang diletupkan dalam sebuah kedai serbaneka di Meru, Klang. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Satu mesin pengeluaran automatik (ATM) dalam sebuah kedai serbaneka di pekan Meru, Klang, diletupkan dua penjenayah sebelum melarikan sejumlah wang awal pagi tadi.

Kejadian itu dikatakan berlaku antara 3 hingga 4 pagi, dengan suspek memecah masuk premis berkenaan menerusi pintu depan.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, perkara itu disedari seorang pekerja yang mahu membuka kedai kira-kira 8 pagi tadi.

“Pada waktu itu, pintu utama kaca premis berkenaan dilihat sudah pecah, manakala mesin ATM turut rosak.

Keadaan dalam kedai serbaneka yang dipecah masuk dua penjenayah awal pagi tadi. (Gambar Facebook)

“Ketika kejadian, kedai itu tidak beroperasi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya menurut laporan Kosmo.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, S Vijaya Rao mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira 4.50 pagi.

Berdasarkan rakaman CCTV, katanya, dua penjenayah didapati memecahkan mesin ATM itu menggunakan bahan letupan.

Beliau berkata, jumlah wang yang dilarikan dan nilai sebenar kerugian belum dapat dipastikan, serta kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.