`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 8, 2022

Larangan berhijab: Sekolah, kolej di Karnataka India, ditutup susulan ketegangan

 

Tindakan itu mencetuskan bantahan oleh pelajar Islam, keluarga dan kumpulan masyarakat mereka yang mengatakan tindakan itu merupakan diskriminasi agama. (Gambar AFP)

NEW DELHI: Negeri Karnataka di selatan India menutup semua sekolah tinggi dan kolej selepas tercetus ketegangan selepas gadis Islam datang ke kelas memakai hijab.

Negeri diperintah nasionalis Hindu Parti Bharatiya Janata (BJP) tegang selama beberapa hari berturut-turut selepas beberapa sekolah di daerah pesisir pantai Udupi melarang gadis berhijab.

Tindakan itu mencetuskan bantahan oleh pelajar Islam, keluarga dan kumpulan masyarakat mereka yang mengatakan tindakan itu merupakan diskriminasi agama.

Ramai gadis diganggu di khalayak ramai oleh pelajar yang berpihak kepada kumpulan nasionalis Hindu.

“Saya merayu kepada semua pelajar, guru dan pengurusan sekolah dan kolej serta penduduk Karnataka untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian. Saya telah mengarahkan penutupan semua sekolah menengah dan kolej untuk tiga hari akan datang. Semua yang berkenaan diminta memberi kerjasama,” ciap Ketua Menteri Karnataka Basavaraj Bommai di tweeter pada Selasa.

Bantahan turut dianjurkan di luar Udupi sebagai sokongan terhadap pelajar berhijab.

Mahkamah Tinggi Karnataka mendengar kes itu pada Selasa dan akan mendengar hujah lanjut pada Rabu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.