`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 24, 2022

5 ditahan, 11.6 kg syabu dirampas dalam serbuan

 

Dadah jenis syabu dan pil kuda yang dirampas polis dalam serbuan di pangsapuri di Jalan Sultan Ismail semalam. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Polis menahan lima warga tempatan termasuk dua wanita dan merampas 11.6kg syabu dianggarkan bernilai lebih RM418,000, dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Sultan Ismail, petang semalam.

Operasi Colin (Ops Colin) bermula jam 2.10 petang itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bermula jam 2.10 petang.

Menurut Timbalan Ketua JSJN Kuala Lumpur Mohd Shokri Abdullah, berkata mereka menahan seorang wanita di luar pangsapuri sebelum dibawa ke sebuah unit di kediaman terbabit.

“Hasil serbuan, kita menahan tiga lelaki dan seorang wanita selain merampas 11.6kg syabu dan 10 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM418,061 serta wang tunai RM722.

“Semakan mendapati semua suspek berusia antara 27 hingga 54 tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap dan sudah beberapa kali ditangkap polis berkaitan kes narkotik,” katanya dalam kenyataan, hari ini, menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata, tiga suspek lelaki masih bujang manakala dua suspek wanita sudah berkahwin dan mempunyai anak.

“Ujian saringan awal polis ke atas semua suspek mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Menurutnya, semua dadah yang dirampas dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang dan mampu menampung keperluan 23,235 pengguna dadah.

Semua suspek direman tujuh hari sehingga 1 Mac dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.