`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 13, 2022

Ajaran sesat di Perak disyaki berasal dari negeri jiran, kata polis

 

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata kumpulan ajaran sesat itu bergerak dari negeri jiran yang kemudiannya membuat penempatan di daerah Muallim.

KUALA KANGSAR: Kegiatan ajaran sesat yang dikenal pasti berlaku di Perak, disyaki berasal dari negeri jiran dan bertapak di daerah Muallim, kata Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid.

“Ada satu kumpulan yang kita kenal pasti di (daerah) Muallim, kumpulan ini sebenarnya bergerak dari negeri jiran kemudian mereka membuat penempatan di Muallim,” katanya tanpa mendedahkan nama negeri jiran tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata pihaknya enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan itu kerana siasatan dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Kayuhan Reunion antara Cliffordian Cycle Team (CCT) dengan Old Cliffordian Association (OCA) di Dataran Pavillion, hari ini.

Khamis lepas, polis mengesan kegiatan ajaran sesat di Perak berdasarkan video yang tular sebelum ini namun tidak mendedahkannya secara terperinci kerana masih dalam siasatan.

Pada Januari lepas, seorang lelaki memuat naik video secara penstriman langsung menerusi laman Facebook miliknya mendakwa kononnya berlaku perhimpunan ulama serta kemunculan Imam Mahdi di Sabah serta menunjukkan koleksi pedang dan keris yang dijual di sebuah kedai di Kuala Kangsar. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.