`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 13, 2022

Saya serahkan segalanya kepada parti, kata Khairuddin selepas disingkir sebagai ahli Syura

 

Khairuddin Aman Razali dipecat sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkuat kuasa Khamis lalu, tidak sampai sebulan selepas beliau digugurkan daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat parti itu.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali mengambil pendekatan untuk terus mengunci mulut mengenai soal pemecatannya sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS.

Beliau, yang tampil mengulas penyingkirannya dalam badan tertinggi PAS itu menerusi FB Live malam tadi, berkata segalanya diserahkan kepada kepimpinan parti.

“Ini kali pertama saya bersiaran langsung setelah pelbagai isu dan perkara berlaku terhadap diri saya dalam parti dan perjuangan. Ramai minta respons dan ulasan saya terhadap apa yang berlaku.

“Namun saya masih mengambil sikap untuk kekal tidak menjawab dan mengulas apa yang berlaku. Saya serahkan segalanya kepada parti,” katanya, menerusi video berdurasi 13 minit 51 saat itu.

“Saya istiqamah dengan perjuangan PAS dan sabar. Belum masanya saya memberi respons terhadap apa yang berlaku,” tambahnya.

Khairuddin dipercayai bersiaran langsung dari luar negara, melihat kepada suasana latar belakang video berkenaan pada waktu siang dan keadaan bekas Menteri itu sendiri yang menahan kesejukan dengan berjaket tebal.

Kelmarin, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengesahkan pengguguran Khairuddin sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama susulan isu disiplin melibatkan pemimpin itu.

Hadi berkata pengguguran jawatan itu berkuatkuasa pada 10 Feb.

Penyingkiran itu berlaku kira-kira sebulan selepas beliau digugurkan daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat pada 12 Jan lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.