`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 14, 2022

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

 

Kerajaan mengambil tindakan tepat dengan memberikan kelulusan kepada empat pasar raya untuk mengimport ayam bulat, kata Ahmad Hamzah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memberi kebenaran kepada empat pasar raya besar di negara ini untuk mengimport ayam bulat sejuk beku dari beberapa negara serta menjualnya terus kepada pengguna.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ahmad Hamzah berkata, pasar raya yang diberi Lesen Import (AP) untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ialah Mydin, NSK, Lulu dan Lotus bagi menampung permintaan pengguna di negara ini sekali gus dapat menstabilkan harga.

Katanya, langkah pemberian AP khas bermula 8 Februari lalu adalah untuk membolehkan bekalan ayam diperoleh terus daripada pemborong tanpa memerlukan orang tengah, termasuk ejen bekalan.

“Kerajaan mengambil tindakan tepat dengan memberikan kelulusan kepada empat pasar raya untuk mengimport ayam bulat. Maknanya pasar raya berkenaan boleh dapatkan (mengimport) dan menjualnya secara terus.

“Bagi saya, kaedah itu dapat menurunkan harga kerana mereka tidak perlu (caj) melalui orang tengah atau ejen, sebaliknya jual dengan harga rendah terus kepada pengguna,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Kerajaan sebelum ini membenarkan beberapa syarikat yang dilantik oleh MAFI untuk mengimport ayam bulat sejuk beku sehingga 10,000 tan metrik atau 5.5 juta ayam sebulan sehingga bulan ini bagi menangani kekurangan bekalan.

Bagaimanapun disebabkan beberapa masalah teknikal usaha itu tergendala dan harga ayam bulat di negara ini naik mendadak selepas beberapa pemborong mendakwa harga makanan ternakan itu meningkat beberapa kali ganda berbanding sebelumnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.