`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 14, 2022

Undi Siapa Pun Rakyat Marhaen Akan Miskin, Pemimpin Dan Kaum Elit Akan Terus Kaya Makan Duit Rakyat

 



 

Percayalah orang Johor undi siapa pun, rakyat marhaen, terutama sekali orang Melayu, akan tetap susah dan miskin. Ingat ya - selalunya Melayu Miskin Dulu.

Lihatlah gambar di atas itu. Yang datang pancing undi itu berpakaian smart, dengan jam tangan cun, smartfone canggih, dengan menunjuk jari dengan style. Jelas bukan orang miskin papa kedana. Makcik yang duduk atas tangga pula jelas orang miskin - dari dulu, sekarang dan kemungkinan untuk selamanya. Belum berpeluang menjadi Penjawat Awam atau kerja dengan GLC. Atau tidak dapat lesen monopoli, AP, projek gergasi atau konsesi balak.

Gambar ini memberi sedikit bayangan keadaan di luar sebahagian masjid pada hari Jumaat atau pada hari sembahyang Hari Raya Puasa dan Raya Haji.

Kadang pada hari Jumaat kita melihat orang miskin di luar masjid tadah tangan meminta sedekah daripada orang kaya.  Orang kaya pula bergegas masuk ke dalam masjid untuk tadah tangan minta berkat dan limpah karunia daripada Allah swt.  Nasib orang miskin itu tidak akan berubah. Tidak ada sesiapa pun boleh hidup senang dan bahagia daripada mengemis. 

Orang politik, YB, pemimpin parti, Menteri, Perdana Menteri semua sudah tidak boleh membantu kita lagi. Negara kita sudah menjadi rosak atas kesilapan dasar selama lebih 50 tahun. 

BN kalah pada 2018 bukan sebab 1MDB. 1MDB membantu juga tetapi BN tetap akan kalah walaupun tidak ada kes rasuah 1MDB. UMNO/BN memang sudah kurang popular di kalangan pengundi. (Tetapi kemungkinannya besar UMNO/BN akan menang di Johor juga). 

Tak kira parti mana pun pegang kuasa (BN, PH, PN, MN atau siapa pun) rakyat marhaen akan tetap susah. Kita akan menjadi lagi susah. Orang kaya elit pula akan menjadi lagi kaya dengan makan duit rakyat. 

Ini adalah disebabkan dasar-dasar negara yang telah berkarat tidak berubah sejak 50 tahun sudah. Dasar negara telah melemahkan dan merugikan negara kita. Rakyat marhaen tidak berkeupayaan untuk bersaing atau untuk maju serupa negara lain atau masyarakat lain.

Jadi undilah sesiapa pun - BN, PN, MN, PH atau sesiapa pun.

Nasib anda tidak akan berubah. 

Kemungkinan besar nasib anda akan menjadi lebih buruk.    

Hanya orang kaya daripada kumpulan elit yang memegang pelbagai monopoli, kartel, projek dan lesen besar akan menjadi lebih kaya daripada makan duit rakyat.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.