
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Johor, Sahruddin Jamal akan mempertahankan kerusi Bukit Kepong yang disandangnya pada pilihan raya negeri (PRN) Johor nanti.
Menteri Besar selama 10 bulan dua minggu itu berkata, beliau sedia bertanding di mana sahaja kawasan yang ditetapkan pucuk pimpinan parti, tetapi yakin akan terus berada di Bukit Kepong.
“Khabarnya insya Allah, saya akan tetap kekal di DUN Bukit Kepong,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Sahruddin yang juga Setiausaha Bersatu Johor, berharap pengundi akan terus memberi sokongan kepadanya dan calon Bersatu lain pada PRN kali ini.
“Banyak kemajuan dikecapi penduduk setempat selama kerajaan diterajui bekas Perdana Menteri kelapan, Muhyiddin Yassin.”
Katanya, ia termasuk peruntukan RM35 juta bagi membina tiga dewan serba guna dan Jambatan Kundang Ulu ke Liang Batu yang bernilai RM56 juta. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.