`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 8, 2022

SPR tetapkan SOP PRN Johor, kata Hishammuddin

 

Kerajaan hanya boleh memberi pandangan kepada SPR berhubung SOP PRN Johor, kata Hishammuddin Hussein.

PETALING JAYA: Kerajaan boleh memberi pandangan berhubung pelaksanaan SOP pilihan raya negeri (PRN) Johor, namun keputusan terakhir terletak di tangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein.

“Kita tahu situasi PRN berada dalam tangan SPR, jadi sandaran pada PRN Melaka dan Sarawak (sebelum ini) menjadi pertimbangan kita apabila berbincang dan pandangan pihak berkepentingan kita akan bawa ke SPR untuk memikirkan.

“Yang akan memutuskan SOP PRN adalah SPR, bukan kerajaan. Jadi, apa yang boleh kita buat memberi pandangan, terserah kepada mereka (SPR) untuk menentukannya (SOP) pada PRN Johor,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet Covid-19 di Wisma Pertahanan.

Mesyuarat hampir dua jam itu turut dihadiri Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin; Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri dan Menteri Perpaduan Negara Halimah Sadique.

PRN Johor diadakan selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 22 Jan lalu berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor bagi memberi laluan kepada PRN. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.