`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 7, 2022

Bersatu Tanjung Piai tak bubar, masih disokong 20 cawangan, kata Pemangku Ketua Bahagian

 

Musa Khamis (duduk, tiga dari kiri) bercakap pada sidang media di Pejabat Bersatu Pekan Nanas hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bersatu Bahagian Tanjung Piai tidak dibubarkan selepas beberapa ahlinya keluar parti baru-baru ini, kata Pemangku Ketuanya, Musa Khamis.

Katanya, Bersatu Bahagian Tanjung Piai masih berdiri teguh dengan sokongan 20 cawangan selepas hanya satu cawangan terbubar.

“Saya maklum mengenai bekas Setiausaha Bersatu Bahagian Tanjung Piai, Hishamuddin Busri bersama empat ahli jawatankuasa umum keluar parti atas alasan Bersatu sudah kehilangan hala tuju.

“Dakwaan kira-kira 300 ahli yang lain turut angkat kaki juga keterlaluan. Bersatu Tanjung Piai masih ada jawatankuasa dan 20 cawangan lain yang akan bergerak, terutama untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Musa berkata, Bersatu akan membentuk semula cawangan yang terbubar itu bagi menghadapi PRN Johor tidak lama lagi.

Katanya, 13 Ketua cawangan di bawah bahagian itu sudah menandatangani surat menyuarakan sokongan penuh kepada kepimpinan Bersatu Tanjung Piai.

“Tujuh cawangan lain dijangka mengikut langkah sama untuk membuat perakuan ikrar setia bagi kekal dalam Bersatu.

“Isu lompat parti sudah menjadi asam garam tiap kali tiba pilihan raya. Kami akan membentuk semula cawangan yang terbubar itu bagi mempersiapkan jentera menghadapi PRN.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.