`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 7, 2022

Lagi kluster Covid-19 babit sekolah di Sabah

 

Jumlah kes baharu Covid-19 di Sabah meningkat apabila sebanyak 1,600 lagi jangkitan dicatatkan iaitu meningkat 315 kes berbanding semalam. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, satu lagi kluster Covid-19 membabitkan institusi pendidikan diisytiharkan di Sabah, kali ini membabitkan sekolah Maktab Sabah, di sini.

Katanya, kluster itu membabitkan sekumpulan pelajar asrama di sekolah berkenaan yang terletak dalam mukim Sembulan.

“Kes indeks kluster ini adalah seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang tinggal di asrama sekolah berkenaan.

“Pelajar itu mula bergejala pada 3 Feb dan telah menjalani ujian PCR pada hari yang sama serta didapati positif seterusnys telah dimasukkan ke PKRC untuk tujuan kuarantin dan rawatan lanjut.

“Seramai 79 orang kontak rapat telah disaring dan 17 pelajar didapati positif, menjadikan jumlah kumulatif kes positif seramai 18 orang,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Masidi berkata, satu lagi kluster baharu dicatatkan di Sabah hari ini, ialah Kluster Giram iaitu membabitkan tempat kerja di Ladang Giram, di Kunak.

Katanya, kes indeks adalah seorang lelaki berusia 37 tahun yang mula bergejala pada 31 Jan dan menjalani saringan di klinik swasta pada hari yang sama seterusnya didapati positif.

“Saringan terhadap kontak sekerja dan kontak keluarga mendapati 19 lagi kes positif dengan jumlah kumulatif kluster ini sebanyak 20 kes dengan 3 kes baharu dilaporkan hari ini,” katanya.

Terdahulu, Masidi berkata, jumlah kes baharu di Sabah meningkat apabila sebanyak 1,600 lagi kes dicatatkan iaitu meningkat 315 kes berbanding semalam.

Katanya, jumlah kes baharu di hampir setiap daerah turut menunjukkan peningkatan.

“Terdapat empat daerah dengan kes baharu tiga angka iaitu Kota Kinabalu 371 kes, Sandakan 322 kes, Tuaran 150 kes dan Penampang 138 kes.

“Sejumlah 15 daerah pula mencatatkan kes dua angka, enam daerah mencatatkan kes satu angka dan hanya dua daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 1,587 adalah dalam Kategori 1 dan 2, terdapat lapan kes dalam Kategori 3, lima kes Kategori 4 dan tiada kes direkodkan dalam Kategori 5,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.