`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 7, 2022

Dasar Ekonomi Bunuh Diri Yang Terkini : Gaji Minima RM1,500

 



MEF: RM1,500 new minimum wage would derail economic recovery

Sunday, 06 Feb 2022 

MEF said proposed RM1,500 minimum wage derail economic recovery.

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/02/06/mef-rm1500-new-minimum-wage-would-derail-economic-recovery/2039761

  • KL, Feb 6 — MEF reiterated not right time to increase cost of business 
  • RM1,500 minimum wage would derail economic recovery
  • majority of businesses cannot implement new minimum wage 
  • still reeling from economic shock, devastating major floods
  • we should control rising cost of products, services
  • 98.9% of Malaysian businesses are SMEs 
  • think of their survival and sustainability
  • SMEs already suffering 
  • even small increase in cost and they might close down
  • RM1,500 minimum wage will push up operation costs 
  • not the time to implement any increase in minimum wage
  • RM1,500 minimum wage mostly go to foreign labour 
  • outflow of money will further increase
  • above minimum wage employees demotivated, no salary adjustment
  • “increase in minimum wage will benefit low wage employees 
  • the bulk of them will be foreign workers — Bernama

My Comments :

Ekonomi negara kita makin hancur dan tidak akan ke mana kerana ekonomi kita sudah menjadi 'command economy'. 

Command economy bermaksud perjalanan ekonomi kita bukan ditentukan atau diputuskan oleh pergerakan pasaran (market forces). 

Sebaliknya ekonomi kita ditentukan oleh ahli politik yang mahu cari populariti dengan penyokong dan pendundi atau oleh Penjawat Awam yang tidak faham pucuk pangkal bisnes, kewangan dan ekonomi.

Contohnya ahli politik cari populariti dengan cadangan syarikat lojistik perlu ada 51% saham bumiputera. Maka industri lojistik pun akan padam

Sebab Ramasamy yang pakar bisnes lojistik lebih terdorong buka kedai jual thosai pula.  Jadi di semua tempat akan ada banyak kedai thosai saja. Syarikat lojistik akan kurang.

Saya ada cadangan lain lah - kenapa 51% sahaja? Why not 61%? Atau 71%? Ok lah lets just fix it at 80%. 

Kita buat sajalah dasar bahawa semua syarikat lojistik mesti mempunyai saham bumiputera 80%. Pandai tak OutSyed The Box? Genius kan? 

Kita buat sajalah dasar bahawa bangsa bukan bumiputera hanya boleh pegang saham 20% sahaja. Allahu Akbar.

Begitu juga dengan bank. Ahli politik dan Penjawat Awam sudah putuskan bahawa ekonomi kita hanya akan mempunyai ENAM buah anchor bank atau bank utama. Mereka mendapat angka ENAM ini sebab tangan kanan mereka mempunyai lima jari, campur satu lagi jari di tangan kiri. (Empat jari lagi kudung atau di gunakan untuk korek hidung).  

Maka hanya ENAM bank utama sajalah dilesenkan dalam negara kita. Allahu Akbar. Satu keputusan genius yang layak menangi Nobel Prize Economics. Pelawat dari planet Mars, ungka dari atas pokok di hutan semuanya akan kagum dengan kepintaran dasar ekonomi serupa ini. (Indonesia yang makin mendahului ekonomi kita tidak menghadkan bilangan bank. Indonesia mempunyai lebih 150 bank tempatan sahaja. Dan industri Ah Long makin berkembang pesat dalam negara kita sebab tiada cukup bank.)

Saya ada cadangan yang lebih genius. Why not kita syaratkan satu bank sahaja bagi negara kita. Sebab dia begini - lebih senang nak kira. Bank Negara cuma perlu satu jari saja untuk mengira bilangan bank dalam negara kita. Baki sembilan jari lagi boleh digunakan untuk korek hidung. Apa macam? Genius tak? 

Begitu juga ahli politik dan Penjawat Awam sudah tentukan bahawa negara kita hanya boleh ada TIGA pusat proses kayu gaharu pula. Dan ketiga pusat proses kayu gaharu ini di-control lesen pula. Encik Ramasamy tak payah mohon lesen lah. Encik Ramasamy boleh buat kedai thosai sajalah.

Begitu juga ahli politik dan Penjawat Awam sudah tentukan negara kita akan mempunyai EMPAT sahaja Supply Base atau pelabuhan untuk pembekalan industri oil and gas (Kemaman, Teluk Ramunia, satu di Sarawak dan Sabah). Kenapa pula bukan LIMA supply base? Satu tangan itu ada LIMA jari - senang kira juga dengan guna lima jari.

Atau ENAM supply base - serupa dengan ENAM anchor bank atau bank utama dalam negara kita? 

Sekarang pula ahli politik mahu naikkan Gaji Minima jadi RM1,500.

Pekerja Bangla dan Indon akan jadi kaya. Lagi ramai bebudak Pakistan yang tak tahu baca dan menulis akan membanjiri negara kita sebagai tukang sapu jalan.  Unemployed graduates kita pula akan kehilangan peluang kerja sapu jalan (seperti di Pulau Pinang).  

Lagi banyak kedai dan bisnes SME akan terpaksa tutup sebab mereka tidak akan mampu bayar gaji minima RM1,500.  Gaji Minima yang ada sekarang RM1,200 (??) pun mereka sudah tidak mampu membayar. 

Maka beratus ribu anak-anak muda akan terpaksa menganggur sebab peniaga kecil dan syarikat kecil (yang mewakili 90% ekonomi negara - ikut kenyataan MEF di atas) yang tidak mampu bayar Gaji Minima RM1,200 yang sekarang ini akan lagi tidak mampu bayar Gaji Minima RM1,500 pula. Hooray.

Jadi tahniah di ucapkan kepada Ahli Politik dan Penjawat Awam yang tidak ada otak sebab awak semua sedang menghancurkan ekonomi negara kita. Sedikit demi sedikit, little by little. Slowly but surely.

Saya ada cadangan yang lebih genius lagi : why not kita naikkan Gaji Minima menjadi RM3,000 sahaja? 

Jangan lah main-main dengan cadangan Gaji Minima RM1,500 - macam budak-budak main guli bawah pokok asam.  Apa gunanya gaji Minima RM1,500? Naikkan sahaja Gaji Minima menjadi RM3,000 sebulan.  Budak kerja di warong boleh dapat gaji RM3,000. Dia boleh sewa kondominium sekali, tetapi jadi pekerja warong. Fuiyyo. Cadangan genius tak?

Ekonomi negara kita sedang hancur. Ekonomi bumiputera sedang hancur - disebabkan Ahli Politik yang tidak ada akal dan Penjawat Awam yang tidak berakal cuba bagi hidup binatang dan makhluk alien yang sepatutnya tidak boleh wujud pun.

Dasar-dasar ekonomi oleh Ahli Politik dan Penjawat Awam ini tidak terjumpa dalam sebarang buku ekonomi. 

Tidak ada buku ekonomi dalam dunia yang mengajar bahawa Ahli Politik dan Penjawat Awam boleh tentukan bilangan kedai runcit di sebuah kawasan (contohnya), bilangan bank dalam sesebuah negara (contohnya), peratusan pegangan saham ikut kaum atau bangsa dalam apa jenis syarikat pun.

Cuba bayangkan suatu keadaan di mana Ahli Politik tentukan bahawa hanya satu kedai runcit akan dibenarkan di setiap kampong, kedai itu mesti mempunyai 60% saham bumiputera dan pekerjanya mesti dapat Gaji Minima RM3,000 sebulan (atau RM2,000 atau RM1,850 atau RM1,975.35).

Tuan-Tuan sila gunakan otak dan akal. Apakah ini satu cadangan yang genius atau cadangan yang bodoh?  Tolonglah setuju dengan saya bahawa ini adalah cadangan bodoh.

Jadi bagaimana pula dengan syarat hanya ENAM bank utama dalam negara kita? 

Atau TIGA pusat proses kayu gaharu? 

Atau Gaji Minima RM1,500 sebulan?

Atau HANYA satu pengimpot beras?

Atau HANYA satu kartel daging? Apa sudah jadi dengan kes kartel daging?

Atau HANYA satu syarikat 5G?

Tuan-Tuan wa-akhirul kalam, saya ada cadangan lagi. Why not kita cari Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Penjawat Awam yang mempunyai banyak tangan dan jari - seperti gambar berikut.



Lelaki ini mempunyai 14 tangan. Setiap tangan ada lima jari, maksudnya lelaki ini mempunyai 14 x 5 = 70 jari.  Dia boleh mengira sampai ke 70 dengan menggunakan jari dia saja. 

Imagine kalau dia jadi PM kita atau Menteri atau Penjawat Awam dia boleh luluskan dasar ekonomi yang membenarkan 67 buah bank. Atau 67 kedai runcit. (Baki tiga jari itu untuk korek hidung lah). 

Kemudian dia boleh lah dicalonkan untuk menerima Nobel Prize in Economics daripada kaum ungka yang duduk di atas pokok hutan. 

Tuan-Tuan negara kita tidak terkecuali daripada Laws of Economics atau syarat dan ketentuan sistem ekonomi yang universal. 

Ahli Politik, Menteri, Perdana Menteri, Penjawat Awam yang tidak faham apa pun berkenaan ekonomi dan bisnes tiba-tiba diberi kuasa dan tanggungjawab putuskan hal-hal ekonomi yang sedang membunuh negara kita. 

Maka cadangan kuda liar "lets print money" atau 'jom kita cetak duit saja' (style duit Jepun masa Perang Dunia Kedua dulu) oleh seorang bekas Timbalan Menteri.

Masa Perang Dunia 2, Jepun pakai cetak saja duit "Pokok Pisang" yang tidak berguna

 

Semua pemikiran goblok seperti ini telah pun hancurkan ekonomi negara. Segala aspek dasar Kerajaan yang makin tidak berguna yang sedang menghancurkan kehidupan rakyat dan ekonomi negara adalah disebabkan dasar-dasar ekonomi Kerajaan tiada kena-mengena dengan sistem ekonomi yang waras, betul dan baik.

Dasar ekonomi diputuskan menurut 'bilangan' atau 'numbers'.  

ENAM bank utama (kenapa bukan TUJUH), RM1,500 Gaji Minima (kenapa bukan RM3,000), 51% pegangan saham bumiputera (kenapa bukan 61%), EMPAT buah pelabuhan supply base (kenapa bukan LIMA), TIGA pusat proses gaharu (kenapa bukan EMPAT), SATU pengimpot beras (kenapa bukan dua) dsbnya.

Ekonomi negara di-lesenkan, di AP-kan, di permit-kan, di monopolikan, di oligopolikan, di GLC-kan, di sekat, di suruh, di syarat sehingga ekonomi negara sudah tidak boleh bergerak dan sekarang sedang hancur.   Itulah yang sedang berlaku. Ekonomi kita sedang hancur.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.