`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 1, 2022

Isu Syarikat GLC Bayar Gaji Juta-Juta Dengan Guna Duit Rakyat

 Yang berikut ini adalah screenshot salinan semuka surat daripada Laporan Tahunan atau Annual Report Maybank 2020.

Muka surat ini senaraikan bayaran gaji, yuran, benefits, emoluments etc kepada CEO serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah Maybank. 


Mengikut kenyataan di atas pada tahun 2020, CEO Maybank dapat jumlah gaji RM9.4 juta. Pada 2019 pula CEO Maybank telah dapat gaji RM8.4 Juta.  Maksudnya daripada 2019 - 2020 gaji CEO Maybank naik RM1 juta.

Kesemua 12 orang ahli Lembaga Pengarah Maybank pula dapat jumlah elaun RM8 juta pada 2020.

Jadi pada 2020 jumlah besar gaji CEO Maybank dan 12 Ahli Lembaga Pengarah adalah RM17 Juta.

Pemegang saham terbesar Maybank pula adalah PNB.  PNB pula adalah syarikat pemegang amanah  saham ASB  yang dimiliki orang Melayu/bumiputera  yang rata rata miskin. 

Pada tahun 2021 pelabur PNB/ASB telah mendapat dividen ASB 5%.

"PNB .. announced a total distribution of five sen per unit for ASB unitholders, comprising a 4.25 sen distribution and a 0.75 sen bonus for the financial year ending Dec 31, 2021".

 


Tuan-Tuan dapat melihat bahawa dividen ASB makin berkurangan daripada 8.25% (2017) menjadi 5% (2021). 

Berita terkini kaitkan bank tempatan termasuk Maybank dengan dua buah syarikat (Genting Hong Kong dan Sapuraa Energy) yang telah meminjam berbilion Ringgit daripada bank. Ikut laporan media kedua syarikat itu mengalami kerugian dan kepincangan alir tunai (cash flow) yang bakal memberi kesan negatif juga kepada bank-bank yang telah meminjam duit kepada mereka.

Tentu sekali jumlahnya bukan seribu Ringgit atau sepuluh ribu Ringgit. Sapura Energy contohnya menanggung beban hutang bank RM10.3 Billion.

Hutang Genting Hong Kong dengan tiga bank tempatan dijangka sekitar RM2.51 BILLION !!

 "a report by The Straits Times that said Maybank, RHB Bank and CIMB were among the “chief unsecured creditors” of the firm, with a combined exposure of US$600 million".

Cuma kita tidak tahu detail atau butiran terperinci jumlah khusus daripada bank-bank yang terlibat. 

Pada hujung tahun 1980an saya mula bertugas dengan sebuah bank Singapura yang beroperasi di Kuala Lumpur. Semua Pegawai Bank dan Bank Manager diberi tanggung jawab mencari peminjam (borrowers) yang layak diberi pinjaman bank. Tetapi syaratnya ialah jika sesebuah syarikat yang pinjam duit bank tidak dapat membayar balik hutang maka Pegawai Bank dan Bank Manager yang terlibat mengurus pinjaman itu akan tanggung "dosa" juga.  

Maksudnya the bank officers are held responsible for bad loans. Kemungkinanya  Pegawai Bank dan Bank Manager yang terlibat tidak akan mendapat bayaran bonus tahun itu, tiada kenaikan gaji, tiada kenaikan pangkat dsbnya. Dan jika Bank Manager yang sama terlibat bagi kali kedua atau ketiga dalam "bad loans" maka career path dia dalam bank itu amat terjejas. Kemungkinan-nya dia akan berhenti kerja dan cari kerja di tempat lain. Itulah disiplin 'tidak bertulis' (unwritten laws) dalam kerjaya pegawai bank. You bring a bad loan you pay the price. Tetapi itu bank Singapura. Bukan bank GLC tempatan.

Lazimnya gaji CEO dan Ahli Lembaga Pengarah syarikat koporat bergantung kepada kepakaran mereka bersaing dalam keadaan pasaran terbuka dan juga risiko yang mereka dapat mengatasinya. Beating the competition, overcoming market forces and risk taking. 

Ini termasuk satu lagi tanggungjawab CEO yang sangat besar ia itu mencari modal tambahan (fund raising) untuk mengembangkan perniagaan.

Seorang CEO itu perlu mempunyai kepakaran mencari dana tambahan melalui capital market instruments seperti pinjaman bank, pinjaman bond,  preference shares, private investor financing, venture capital, project financing dsbnya tanpa perlu bantuan pemegang saham (shareholders) atau jaminan (guarantee) syarikat induk (parent company). 

Dalam negara kita syarikat GLC sering terlepas daripada bersaing dalam pasaran terbuka, mereka tidak menghadapi risiko yang tinggi dan mereka tidak perlu risau mencari dana untuk beroperasi.

Terlalu banyak GLC dalam negara kita menjadi monopoli atau oligopoli yang tidak perlu bersaing mengatasi pasaran terbuka. Contohnya lesen bank di Malaysia amat terhad dan terkawal. GLC juga "monopolikan" perniagaan impot kereta daripada Jepun, Korea dan Eropah.  Maka lagi tinggi harga kereta, lagi kaya-lah syarikat GLC pengimpot kereta. Syarikat GLC juga monopolikan pembekalan tenaga dan telekomunikasi (telefon).

Dan syarikat GLC langsung tidak perlu risau tiada cukup modal untuk berniaga. Semua modal asas mereka diberi oleh Kerajaan. Ataupun pinjaman mereka boleh dijamin oleh Kerajaan (government guaranteed). Contohnya 1MDB. 

Dulu saya pernah terlibat pinjaman US Dollar bagi syarikat penerbangan kita. Syarat yang diletak oleh pihak Bank ialah Kerajaan Malaysia mesti pegang sekurangnya satu saham sahaja dalam syarikat itu yang disebut  'Golden Share' . Pegangan "Golden Share" oleh Kerajaan itu dianggap serupa atau setanding Government guarantee juga. Maksudnya pihak Bank melihat kepada 'Golden Share' kepunyaan Kerajaan Malaysia sebagai credit risk yang boleh dipercayai. 

Dan seperti kita sedia faham syarikat penerbangan kita telah di bailout berkali-kali oleh Kerajaan. 



Jadi syarikat GLC di Malaysia lazimnya tidak terlalu terlibat "beating the competition, overcoming market forces and risk taking".  Mereka lebih biasa beroperasi dalam "protected environment" tanpa persaingan pasaran bebas, anytime boleh dibantu Kerajaan untuk dana dan kewangan.

Dalam negara kita budaya membayar gaji yang sangat tinggi kepada pekerja GLC dan juga kepada Penjawat Awam bermula daripada zaman Abdullah Badawi pada 2003 di mana seorang penasihat ekonominya telah pelopori dasar  "feel good" dan "high income nation" dengan membakar duit rakyat. 

Maka 'receptionist' kelulusan SPM yang bertugas menjawab telefon di syarikat GLC  boleh dibayar gaji sampai RM3,000 sebulan. Berbanding gaji saya (kelulusan pengurusan dan engineering dari universiti Amerika Syarikat) sebanyak RM1,100 sebulan bekerja dengan bank Singapura tadi (pada tahun 1980an).

Maka bila Abdullah Badawi, yang selalu tertidur di majlis umum, tanyakan berkenaan high income nation mereka boleh menunjuk kepada receptionist bergaji RM3000 tadi (di bayar dengan menggunakan duit rakyat).  Maka Abdullah Badawi merasa "feel good", boleh bersambung tidur untuk mimpikan imam entah mana. 

Gaji CEO dan Ahli Lembaga Pengarah syarikat swasta yang sebenar-benarnya (real private sector businesses) yang terpaksa bersaing di pasaran terbuka, tanpa dana daripada Kerajaan, tanpa lesen monopoli atau lesen oligopoli lebih mencerminkan  "risk-reward" yang realistic.  

Saiz syarikat mereka atau jumlah aset yang diurus mereka tidak memberi kesan utama kepada gaji CEO syarikat swasta. Contohnya sebuah unit trust (syarikat amanah saham) swasta yang terbesar di Malaysia -  mengurus dana melebihi RM104 BILLION. Tetapi CEO-nya (seorang wanita) dibayar gaji mengikut prestasi keuntungan syarikat. Yang lebih penting ialah performance dan profitability mereka. Bukan saiz aset atau saiz syarikat.

Dan perkara yang sangat membezakan syarikat swasta dan syarikat GLC ialah syarikat swasta menggunakan duit mereka sendiri. Duit bapak mereka. Mereka berhak menggunakan duit dan dana bapak mereka untuk tujuan mereka.

GLC pula gunakan duit rakyat. Duit bapak kita. Bukan duit mereka sendiri. Dan sekiranya ada GLC yang mengalami kerugian (yang sering berlaku juga dalam negara kita) maka mereka akan dibailout dengan menggunakan duit rakyat. Duit kita. 

Senang-nya bagi mereka. Easy peasy, lemon squeezy. Gaji berjuta-juta.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.