`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, February 14, 2022

Pecah masuk kedai emas, suami isteri antara ditahan

 

Dalam kejadian 2 petang semalam, polis menerima maklumat mengenai sebuah kedai emas di Batu Pahat dipecah masuk menyebabkan pemiliknya kerugian kira-kira RM55,000.

PETALING JAYA: Tiga suspek termasuk suami isteri tidak sempat berjoli hasil pecah masuk sebuah kedai emas di Batu Pahat, Johor, selepas mereka ditahan polis, semalam.

Dalam kejadian 2 petang, polis menerima maklumat mengenai sebuah kedai emas di bandar itu dipecah masuk menyebabkan pemiliknya kerugian kira-kira RM55,000.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ismail Dollah, berkata dalam kejadian itu suspek melarikan beberapa barang kemas dan wang tunai selepas memecah kedai terbabit.

“Semakan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira 4 pagi semalam, membabitkan dua suspek memecah masuk melalui pintu hadapan.

“Hasil maklumat awam, antara 9.30 malam hingga 12 tengah malam tadi, polis mengesan dan menangkap ketiga-tiga suspek berumur di antara 20 hingga 26 tahun dalam serbuan di Kampung Kenangan Dato Onn dan Taman Putera Indah, Tokang Pechah di Batu Pahat,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata, tangkapan itu membolehkan polis merampas beberapa bentuk cincin, subang dan rantai emas serta wang tunai RM8,415.

Katanya, siasatan mendapati, dua daripada tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Semua suspek direman tujuh hari hingga 20 Feb ini untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.