`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 14, 2022

PRN Johor: Amira Aisya calon MUDA di kerusi ‘kontroversi’ Puteri Wangsa

 

Setiausaha Agung MUDA Amira Aisya Abd Aziz akan bertanding di DUN Puteri Wangsa. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: MUDA mengumumkan calon sulung dengan menamakan Setiausaha Agungnya, Amira Aisya Abd Aziz mewakili parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) Johor bagi DUN Puteri Wangsa.

Pengumuman calon di kerusi yang mencetuskan “kontroversi” antara pembangkang itu dibuat Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Beliau tulang belakang MUDA bukannya Syed Saddiq, tulang belakang MUDA ialah (Amira) calon yang dinamakan untuk bertanding di Puteri Wangsa, beliau mempunyai semangat perjuangan luar biasa,” kata Syed Saddiq.

Sebelum ini, Amanah dan DAP memberi laluan kepada MUDA untuk bertanding di enam kerusi pada PRN Johor iaitu Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.

Sementara PKR menawarkan tiga kerusi, namun tidak menyatakan kawasan mana.

Keputusan Amanah menyerahkan kerusi Puteri Wangsa kepada MUDA menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa ahli dan pemimpin PKR peringkat akar umbi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Feb sebagai tarikh penamaan calon bagi PRN Johor, manakala hari pengundian pada 12 Mac depan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.