`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 9, 2022

Penternak diberi subsidi ayam, telur selama 4 bulan

 

Pemberian subsidi kepada penternak ayam sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia dari 5 Feb hingga 4 Jun itu membabitkan peruntukan berjumlah RM528.52 juta. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju memberi subsidi 5 sen kepada penternak bagi sebiji telur ayam semua kategori dan 60 sen sekilogram untuk ayam hidup.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee berkata, pemberian subsidi itu mengambil kira harga ayam hidup di peringkat ladang sebanyak RM5.90/kg dan harga runcit ayam bulat standard RM8.90/kg.

“Tujuan pemberian subsidi untuk meringankan beban penternak susulan peningkatan kos, terutamanya kos makanan yang meliputi 70% kos pengeluaran, selain kos logistik, pekerja, utiliti dan ubat-ubatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, subsidi itu diberikan sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) dari 5 Feb hingga 4 Jun ini yang membabitkan peruntukan berjumlah RM528.52 juta.

Ronald berkata, kementeriannya melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan mengadakan sesi libat urus berterusan dengan pihak industri untuk memastikan ia kekal mampan dan beroperasi dalam skala penuh serta dapat memenuhi keperluan tempatan.

Beliau berharap pemberian subsidi kepada penternak itu dapat menstabilkan bekalan, sekali gus memastikan rakyat dapat membeli ayam dan telur pada harga berpatutan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.