`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 23, 2022

Takkan tergesa-gesa bawa RUU Akta Sewaan Kediaman ke Parlimen, kata Menteri

 

RUU Akta Sewaan Kediaman antara lain bertujuan melindungi kepentingan serta hak penyewa dan pemilik kediaman.

PUTRAJAYA: Rang Undang-undang (RUU) Akta Sewaan Kediaman tidak akan dibentangkan secara tergesa-gesa di Parlimen, selagi tidak melalui proses rundingan dan libat urus efektif, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Reezal Merican Naina Merican.

Dalam hantaran di laman sosialnya hari ini, katanya, beliau dalam proses meneliti pandangan pelbagai pihak, termasuk Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) terhadap RUU itu yang dalam peringkat mendapatkan pandangan umum.

Menurutnya, beliau menyedari terdapat beberapa komponen dalam cadangan RUU itu yang menjadi perhatian umum.

“Saya menyedari perkara itu. Malah, saya juga berasa tidak senang, malah tidak bersetuju dengan beberapa cadangan awal yang dikemukakan di dalam RUU ini,” katanya.

Antara komponen dikatakan menjadi perhatian dalam RUU itu adalah penubuhan tribunal bagi menyelesaikan pertikaian antara tuan tanah dan penyewa, memandangkan proses mitigasi di mahkamah mungkin melibatkan kos tinggi, isu menangani kadar sewa tidak munasabah dan diskriminasi antara penyewa dan pemilik kediaman.

“Kepentingan dan keadilan semua pihak adalah kunci utama dalam penggubalan RUU ini. Teruskan memberi pandangan dan kita sama-sama mahu RUU ini memberi refleksi keadilan dan menjaga kepentingan semua pihak,” katanya.

RUU tersebut antara lain bertujuan melindungi kepentingan serta hak penyewa dan pemilik kediaman.

Menurut laporan media, RUU itu dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada suku ketiga tahun ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.