`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 13, 2022

Teringin kereta mewah lelong, pekerja swasta lesap RM39,000

 

Mangsa berhubung dengan penjual kenderaan bernama Fauzi yang mengaku bertugas dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya, menurut polis.

PETALING JAYA: Wang berjumlah RM39,000 milik seorang pekerja swasta lesap begitu saja selepas diperdaya dengan urusan jual beli kereta mewah dalam talian.

Mangsa dari Bandar Indera Mahkota, Kuantan itu dikatakan tertarik untuk memiliki sebuah kereta Mercedez A45 selepas melihat tawaran kereta lelong melalui aplikasi Telegram.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Mohd Wazir Mohd Yusof, mangsa berhubung dengan penjual kenderaan bernama Fauzi yang mengaku bertugas dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya.

Katanya, suspek membenarkan mangsa, pada Rabu lalu menggunakan sementara kereta Toyota Wish dengan nombor pendaftaran W9741J sebelum kereta Mercedez yang ditempah tiba di Kuantan.

“Selepas menerima kereta Toyota Wish suspek meminta pengadu membuat pembayaran untuk kereta Mercedez A45 dan mangsa membuat bayaran secara perbankan internet tiga transaksi ke dalam akaun atas nama Muhammad Amirul Ekmar sebanyak RM39,000.

“Selepas selesai membuat pembayaran, suspek meminta mangsa menunggu selama dua hari untuk kereta Mercedes A45 tiba di Kuantan,” katanya, menurut laporan Berita Harian.

Kata Mohd Wazir, modus operandi kes berkenaan suspek telah memperdaya mangsa dalam urusan pembelian kereta untuk digunakan sementara bagi meyakinkan mangsa sehingga mendorong mangsa membuat pembayaran, setelah pembayaran dibuat kereta terbabit diambil semula sementara kereta yang dibeli tidak diterima.

Tambahnya, mangsa tidak menggunakan kereta Toyota Wish yang disediakan suspek sebaliknya meletakkannya di luar pagar hadapan rumah ibunya.

Menyedari diperdaya selepas mendapati kereta Toyota Wish diberi suspek itu hilang, mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.