`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, May 10, 2022

2 maut, 2 cedera dalam kemalangan kilang di Bintulu

 

Ketua Polis Daerah Bintulu, Bartholomew Umpit menasihati orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai insiden itu dan menimbulkan keresahan masyarakat.

BINTULU: Polis Bintulu hari ini mengesahkan dua pekerja kilang di Taman Perindustrian Samalaju maut dalam kemalangan di tempat kerja semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Bartholomew Umpit berkata, dua lagi pekerja cedera ringan dalam insiden itu yang berlaku di dalam kawasan kilang terbabit.

“Kami telah menerima laporan mengenai insiden itu pada 9.10 malam dan telah mengambil kenyataan daripada beberapa saksi yang juga pekerja syarikat tersebut.

“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Punca insiden masih dalam siasatan,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai insiden itu dan menimbulkan keresahan yang tidak perlu dalam kalangan masyarakat di Bintulu.

Video berkaitan insiden itu memaparkan dua kakitangan perubatan membungkus mayat seorang daripada si mati dengan kain putih yang diletakkan di atas pengusung malam tadi menjadi tular di laman Facebook di Sarawak.

Seorang lelaki yang memakai baju luar hijau tertera nama OCIM di bahagian belakang turut dilihat mengambil gambar dan beberapa wanita meraung dalam video itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.