`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 12, 2022

5 pelajar rentung: Pemandu treler direman 4 hari

 

Keadaan kereta yang dinaiki lima mangsa rentung dalam nahas dekat Terowong Menora tengah malam tadi. (Gambar Twitter)

KUALA KANGSAR: Pemandu treler yang ditahan bagi membantu siasatan kemalangan maut di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Kuala Kangsar tengah malam tadi direman selama empat hari mulai hari ini.

Ketua Polis Kuala Kangsar, Omar Bakhtiar Yaacob, berkata reman ke atas pemandu berumur 28 tahun sehingga Ahad ini dibuat untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan polis mendapati pemandu treler itu mempunyai 22 saman.

“Daripada jumlah itu, 21 saman telah dibayar termasuk lapan saman kesalahan pandu laju,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kemalangan itu, lima mangsa yang rentung merupakan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (Usas) yang juga rakan serumah.

Mereka ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, yang memandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, yang duduk di bahagian penumpang belakang.

Siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku apabila treler yang membawa muatan mozek datang dari arah selatan menghala ke utara sedang memandu di lorong kanan disebabkan lorong kiri laluan dari KM246 hingga 244.4 ditutup bagi penyelenggaraan jalan.

Pada masa sama, kereta jenis Honda City dinaiki kelima-lima pelajar itu sedang mengekori di belakang treler berkenaan dengan memperlahankan kenderaan namun dengan secara tiba-tiba datang treler membawa muatan besi pagar yang memandu dari arah sama di belakang kereta itu tidak sempat membrek dan mengelak lalu telah merempuh bahagian belakang kenderaan itu.

Treler itu kemudian menyeretnya ke hadapan sehingga melanggar bahagian belakang treler muatan mozek berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.