`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 12, 2022

Eloklah bubar Umno, bukannya PAS, kata Tuan Ibrahim

 

Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno yang patut dibubarkan memandangkan dasar Islam sudah lama menjadi dasar PAS.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan supaya parti itu dibubarkan tidak akan menjadi kenyataan.

Sebaliknya, beliau berkata, Umno yang patut dibubarkan memandangkan dasar Islam sudah lama menjadi dasar PAS.

“Jika benar ada cadangan seperti itu, eloklah Umno dibubarkan kerana dasar Islam sudah lama menjadi dasar PAS, jika asas itu yang Umno cadangkan, tetapi ia (bubar PAS) tentunya tidak akan menjadi kenyataan.

“Kita perlu hormati hak parti politik untuk bergerak dan terlibat dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Menteri alam sekitar dan air itu berkata, paling penting sekarang ialah memperkukuhkan kerjasama politik antara satu sama lain.

Semalam, Ahmad dilaporkan berkata, PAS boleh dibubarkan memandangkan Umno turut membawa wadah perjuangan Islam selepas meminda perlembagaan parti pada 2019.

Katanya, Umno sudah meletakkan agenda mempertahan dan mendokong cita-cita Islam sebagai asas dan tujuan utama, berbanding hanya mendokong perjuangan kebangsaan Melayu.

“Saya ingin menyeru kepada PAS, bubarkanlah PAS, itu mesej penting, sampaikan kepada rakan, ramai orang Kelantan di sini, PAS utamanya di Kelantan. Baru-baru ini, mereka mahu berbaik dengan kita, kita rasa elok bubar, tengok perlembagaan Umno,” katanya menurut laporan Berita Harian semalam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.