`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 10, 2022

Exco Negeri Sembilan terima 2 laporan doktor pelatih dibuli

 

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan diminta menyiasat dan mengambil tindakan, jika benar dua doktor pelatih dibuli di dua hospital pada Mac dan April lalu. (Gambar Rawpixel)

PETALING JAYA: Exco Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, pihaknya menerima dua laporan doktor pelatih (HO) dibuli di dua hospital pada Mac dan April lalu.

“Seorang HO memberitahu terima layanan tidak sepatutnya daripada doktor pakar yang melatihnya sehingga menyebabkan dia terpaksa mengambil cuti kerana alami tekanan emosi.

“Seorang lagi HO mendakwa doktor mentornya memberi penilaian tidak adil terhadap kerjanya yang dipercayai disebabkan isu komunikasi dan masalah peribadi antara mereka,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan sudah diminta menjalankan siasatan lanjut dan mengambil tindakan jika benar dua HO itu dibuli.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada lagi kes yang tidak dilaporkan.

“Mana-mana doktor pelatih yang merasakan mereka menjadi mangsa buli diminta membuat aduan kepada pihak sepatutnya supaya siasatan lanjut boleh dilakukan.

“Tidak sepatutnya budaya buli wujud dalam bidang perubatan kita dan mengajar atau melatih bukan lesen untuk membuli, mereka sepatutnya bersikap lebih profesional,” katanya sambil mencadangkan badan bebas diwujudkan di setiap hospital bagi membuat penilaian terhadap HO, sekali gus dapat mengelakkan konflik.

Media sebelum ini melaporkan seorang pegawai perubatan siswazah yang baru ditempatkan di Hospital Pulau Pinang pada 4 April lalu, dipercayai terjatuh dari tingkat 23 pangsapuri disewanya di Jalan Datuk Keramat, George Town pada 17 April lalu.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Soffian Santong mengesahkan kematian doktor pelatih itu dan tidak menolak kemungkinan kes itu diklasifikasikan semula, sekiranya ada bukti terkini.

Kementerian Kesihatan turut dilapor akan menubuhkan sebuah pasukan bertindak bebas bagi menyiasat kematian doktor pelatih itu dan pasukan sama juga akan menyiasat dakwaan budaya buli terhadap doktor pelatih di hospital. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.