`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 16, 2022

Guru besar, pengetua tak boleh halang guru mohon pertukaran, kata Radzi

 

Radzi Jidin berkata, guru besar atau pengetua hanya dibenarkan memberi ulasan dan tidak boleh menghalang pertukaran guru.

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan, Radzi Jidin berkata, guru boleh membuat permohonan pertukaran sepanjang tahun susulan garis panduan baharu yang dikeluarkan kementeriannya.

Berdasarkan garis panduan baharu menggantikan garis panduan sedia ada yang dikeluarkan pada 1975, katanya, pengumuman pertukaran guru turut diubah kepada empat kali setahun berbanding dua kali sebelum ini.

“Sebelum ini, permohonan pertukaran juga memerlukan kelulusan guru besar atau pengetua, tetapi kini guru atau pengetua hanya dibenarkan memberi ulasan, tidak boleh menghalang pertukaran guru-guru.

“Justeru, perkara ini juga memberi peluang kepada semua guru, termasuk yang cemerlang untuk bergerak dari satu sekolah ke sekolah yang lain untuk menyumbang bakti,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 yang bertemakan “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera” di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok hari ini.

Tahun lalu, katanya, 55% daripada keseluruhan permohonan pertukaran guru diluluskan kerajaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.