`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, May 19, 2022

Henti hasut rakyat ikut jejak Sri Lanka, Najib beritahu Kit Siang

 

Najib Razak berkata Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang yang terdahulu mengumumkan persaraan dalam politik tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menyifatkan kenyataan veteran DAP Lim Kit Siang, yang membangkitkan persoalan adakah Malaysia bakal mengikut jejak Sri Lanka adalah satu bentuk hasutan.

Beliau berpandangan, ahli Parlimen Iskandar Puteri yang terdahulu mengumumkan persaraan dalam politik tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Sekiranya dah bersara, buatlah cara bersara. Kenapa masih terus menipu dan menghasut rakyat lagi? Sudah 60 tahun menghasut, masih tak puas?” katanya di Facebook.

Awal hari ini, Lim menerusi perkongsian di blognya menyatakan kebimbangannya sama ada Malaysia akan menjadi sebuah negara gagal seperti berlaku kepada Sri Lanka.

“Kita belum menjadi sebuah negara gagal tetapi adakah kita sedang berada dalam trajektori menjadi sebuah negara gagal dalam tiga atau empat dekad yang akan datang?

“Bolehkah kita belajar daripada kesilapan negara-negara lain yang telah gagal untuk mencapai impian kehebatan mereka seperti Sri Lanka dan Filipina?” soalnya.

Katanya, protes terhadap kerajaan mungkin tidak akan berlaku dalam masa terdekat, tetapi ia adalah sesuatu yang tidak mustahil.

“Adakah mungkin rumah perdana menteri dan menteri-menteri di Malaysia dibakar oleh penunjuk perasaan yang marah seperti yang berlaku di Sri Lanka minggu lepas?

“Perkara ini tidak akan berlaku hari ini, bulan ini, atau tahun ini, tetapi mungkinkah ia berlaku sebelum negara kita mencatatkan ulang tahunnya yang ke-100 pada 2057 atau 2063?” soal Lim.

Sri Lanka ketika ini berdepan pergolakan apabila rakyatnya merusuh dan menjadikan ahli politik di negara tersebut sebagai sasaran kemarahan berikutan keadaan ekonomi yang meruncing.

Terdahulu, media melaporkan rumah keluarga milik bekas Perdana Menteri Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa dan Presiden Gotabaya Rajapaksa di Medamulana, Hambantota terbakar akibat diserang perusuh. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.