`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, May 11, 2022

Jakim siasat dakwaan syarikat di Australia langgar SOP sembelihan halal

 

Jakim menegaskan bahawa ia sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya terdapat sebarang kesalahan dan ketidakakuran melibatkan proses pensijilan dan pengiktirafan halal.

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) sedang menyiasat dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal sebuah syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia, kata Ketua Pengarahnya, Hakimah Mohd Yusoff.

Hakimah dalam kenyataan semalam berkata, siasatan dilakukan oleh pegawai atase halal Jakim di Australia dan pihak berkuasa Australia, iaitu “Department of Agriculture, Water and the Environment” (Dawe).

Beliau berkata, perbincangan antara Jakim dengan kaunselor (Pertanian) kedutaan Australia di Malaysia diadakan 28 April lepas bagi memastikan hasil siasatan itu dapat diserahkan kepada kerajaan Malaysia secepat mungkin.

“Ingin ditegaskan bahawa Jakim sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya terdapat apa-apa kesalahan dan ketidakakuran yang melibatkan proses pensijilan dan pengiktirafan halal,” katanya.

Beliau berkata, Jakim sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menyiasat sebarang dakwaan salah laku dalam perkara tersebut, termasuk melibatkan pegawai Jakim sekiranya ada.

Hakimah berkata, Jakim juga bersedia bertemu mana-mana pihak yang mempunyai bukti kukuh mengenai isu tersebut pada bila-bila masa demi kepentingan semua pihak.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) dan Sahabat 99 sebelum ini mendedahkan pelanggaran SOP penyembelihan halal oleh sebuah syarikat di Australia yang mendapat kelulusan daripada badan induk halal Jakim.

Presiden Pekemas, Faizan Mohd Nor ketika membuat pendedahan itu berkata, berdasarkan bukti video dan gambar serta diperkukuhkan dengan saksi yang merupakan pekerja sembelihan di syarikat itu, pihaknya yakin terdapat unsur pelanggaran protokol penyembelihan yang jelas. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.