`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, May 7, 2022

Kenapa selepas 2 tahun baru buka cerita, Shahril persoal Muhyiddin

 

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata berkata Ahmad Zahid Hamidi telah memimpin Umno untuk bangkit semula selepas kejatuhan pada PRU14 menyebabkan pihak lawan tidak senang duduk.

PETALING JAYA: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dipersoal mengapa selepas dua tahun baru membuka cerita dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor berkaitan dakwaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meminta bantuannya untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah.

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan turut melihat tindakan Muhyiddin itu dilakukan selepas Bersatu tidak ikhlas berkawan dengan Umno.

“Inilah yang dimaksudkan peribahasa terhimpit hendak di atas, terkurung hendak di luar.

“Tidak mahu mengambil tanggungjawab atas ketidakikhlasan berkawan dengan Umno. Bila Umno bantu pinjamkan majoriti, tiada bunyi. Bila nampak Umno tak lagi mahu bersama, lain pula,” kata Shahril di Facebook.

Sebelum ini Muhyiddin mendakwa Zahid menunjukkan sejumlah fail berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah.

Menerusi dokumen yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada 26 April lalu, Muhyiddin mendakwa Zahid membuat permintaan selepas menghadiri mesyuarat di kediaman bekas perdana menteri itu.

Muhyiddin adalah perdana menteri antara Mac 2020 dan Ogos tahun lalu.

Bulan lalu, Zahid memfailkan saman fitnah dengan menamakan Muhyiddin sebagai defendan.

Zahid mendakwa defendan telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan fitnah dengan niat jahat terhadapnya pada majlis Pentas PN DUN Tenggaroh, Mersing sempena PRN Johor.

Sementara itu, Shahril berkata Zahid telah memimpin Umno untuk bangkit semula selepas kejatuhan pada pilihan raya umum ke-14, menyebabkan pihak lawan, termasuk Muhyiddin, tidak senang duduk.

Lalu, kata beliau, mereka “melempar pelbagai tuduhan dengan niat menjatuhkan, meskipun beliau (Zahid) tidak pun disabitkan apa-apa kesalahan lagi,” katanya.

Zahid sedang dibicarakan atas 80 tuduhan rasuah di sini dan Shah Alam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.