`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 17, 2022

KJ tolak wakil doktor pelatih dalam pasukan petugas khas

 

Tidak timbul soal pasukan petugas khas tidak inklusif kerana anggotanya mendengar pendapat dan pandangan semua pihak, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, menolak wakil daripada doktor pelatih terbabit dalam pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menjalankan siasatan susulan kes buli di lapangan hospital.

Beliau berkata, penubuhan pasukan itu juga adalah secara bebas, sekali gus bagi memastikan tiada pandangan prejudis.

“Sebab itu di dalam pasukan petugas khas ini tidak ada doktor pelatih dan pegawai perubatan (MO) yang ada di hospital. Walaupun ada doktor tetapi tidak ada MO.

“Kita mahu pasukan bebas dan mereka juga sudah mengeluarkan kenyataan bahawa pasukan petugas khas ini akan mendengar pandangan semua pihak.

“Jadi tidak timbul soal ia tidak inklusif kerana mereka akan dengar pendapat dan pandangan,” katanya menurut laporan Kosmo.

Dalam pada itu, Khairy berkata, mereka yang dilantik dalam pasukan itu juga adalah di luar bidang lapangan hospital dalam memastikan laporan yang dibuat adalah bebas, seimbang dan adil untuk semua pihak.

Media sebelum ini melaporkan, sebuah pasukan petugas khas bagi penambahbaikan budaya kerja perkhidmatan kesihatan (HWCITF) ditubuhkan secara rasmi, antaranya bagi menganalisis maklumat dan hasil siasatan insiden kematian seorang pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Pulau Pinang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.