`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, May 21, 2022

Lebanon Masih Nazak (Almost Dead) Sesudah 3 Tahun, Sri Lanka Baru Mula Nak Mati . . Dan Berita Lain

 Berita No.1  Yang berikut adalah video sangat ringkas berkenaan keadaan semasa di Lebanon. Walaupun sudah TIGA tahun berlalu sejak krisis ekonomi Lebanon, Kerajaan dan negara Lebanon masih bankrap. Bank pun sudah tidak mempunyai wang. Duit rakyat marhaen dalam akaun bank di tahan oleh Bank dan hanya boleh dikeluarkan ikut kuota dan had.



 

Berita No. 2 adalah satu lagi video ringkas YB Mat Sabu berterus terang pasal kesilapan dan kecurangan dalam pengurusan negara kita yang masih berlanjutan. YB Mat Sabu memberi amaran jangan pula negara kita terjadi seperti Sri Lanka. 

Tuan-Tuan, saya lebih khuatir negara kita jadi seperti Sri Lanka DAN Lebanon. Dengarlah nasihat YB Mat Sabu:

 


 

Berita No. 3 kisah Sapura yang belum dimaklumkan secara complete


Minister of Finance Incorporated (MoF Inc), an entity under the Finance Ministry, may step in to assist financially struggling Sapura Energy Berhad.

Business weekly TheEdge, citing sources familiar with the matter, said discussions are being made for some form of "assistance package" which could include a grant.


  • JELI (May 14): govt must look at country's financial performance before considering proposal to take over Sapura Energy 
  • Minister Mustapa Mohamed said govt needs to think seriously 
  • many other SMEs are in difficulties

My Comments :

Selain daripada Sapura Energy satu lagi syarikat oil and gas saiz gergasi menghadapi potensi muflis. Jika Sapura terpaksa dibailout oleh Kerajaan (dengan menggunakan duit rakyat - termasuk harta minyak negara) maka tentu sekali syarikat gergasi yang satu lagi itu juga akan di bailout.

Bagi saya isu yang lebih besar yang harus diteliti oleh Tuan-Tuan (termasuk YB Mat Sabu, pihak Media dll) adalah hutang yang dibebani oleh kedua syarikat gergasi ini.

Ikut laporan media Sapura Energy berhutang lebih RM10 BILLION. Antara "penghutang" nya adalah bank-bank tempatan.

Sebuah media Online mengatakan bahawa 9 bank tempatan akan "terpaksa" lupuskan (write off) kurang lebih RM7.6 Billion hutang itu. Saya rasa laporan itu ada unsur spekulasi yang belum dapat dipastikan (jadi saya tidak akan rujuk website itu).

Tetapi memang pun financial system kita akan rugi besar jika RM7.6 Billion atau RM10 Billion atau RM1.0 Billion pun hutang bank terpaksa dilupuskan (write off).

Kita juga sedia faham bahawa tabung saham pula telah "melabur" hampir RM4.0 Billion dalam saham Sapura yang sekarang telah hilang lebih 90% nilai asalnya. 

Jadi hutang campur duit pelaburan saja sudah berjumlah lebih RM14 Billion. Hilang. Dan majoriti besar duit ini adalah duit rakyat sebab kebanyakan bank dan tabung saham itu adalah kepunyaan rakyat (Kerajaan) dan melibatkan public funds atau duit rakyat. 

Ini baru satu syarikat. Bagaimana pula syarikat gergasi oil and gas yang kedua itu? Berapa banyakkah hutang mereka pula? Dan apakah hutang mereka juga melibatkan dana kepunyaan rakyat (maksudnya pinjaman duit daripada bank GLC, tabung saham, wang pencen awam dsbnya).

Bolehkah financial system negara kita atau sistem kewangan negara kita mampu menanggung kerugian berbilion Ringgit seperti ini? 

Seorang bekas Perdana Menteri kita yang agak tolol tidak faham bahawa jika kita gunakan syarikat minyak untuk bailout Sapura, maksudnya bayaran dividen dan cukai oleh syarikat minyak kepada Kerajaan akan berkurangan pada kadar yang sama. If you use RM10 Billion or RM5 Billion of oil money to bailout Sapura, that is the same amount of oil money that will be deducted from their tax and dividend payments to the Government. Its the same thing. Kau ni graduate ke tak graduate?

Jadi Tuan-Tuan inilah yang disebut 'privatising the profits and socialising the costs'.

Maksudnya apabila mereka dapat untung banyak-banyak maka boss-boss syarikat itu enjoy dan happy-happy. Gaji mereka berjuta-juta Ringgit dan ada juga berpuluh juta Ringgit. Nauzubillah. Bila untung depa makan dulu (privatising the profits). 

Tetapi apabila mereka rugi pula, kita rakyat marhaen yang terpaksa bailout mereka dengan menggunakan duit kita. Bila depa rugi, kita pula kena bayar (socialising the costs).

Lepas itu (mengenai syarikat gergasi yang satu lagi itu) kita belum bincang isu yang melibatkan undang-undang yang juga telah dilaporkan dalam media. 

Semua ini tidak jauh daripada apa yang telah dan sedang berlaku di Sri Lanka dan Lebanon. Do not think it will not happen here. 

Berita No. 4 - Harga barang makanan makin naik


 

Saturday, 21 May 2022 

KUALA LUMPUR, May 21 — Putrajaya not tackled long standing structural problems threatening domestic food security, keeping Malaysia vulnerable to the world commodities supply shock that has sent prices of basic goods soaring.

Food insecurity revealed underlying disparities in access to food

but no tangible action taken since pandemic 

Malaysia should give high priority to food by instituting a Food First Policy, and mobilising resources to increase food productivity and value added and reduce cost of production 

“It needs to produce her own fertiliser, apply advanced technology, develop small machines and processing plants for small producers and traders and upgrade to a high-tech supply chain, among others.

imported RM55.5b food products, RM33.8b exports in 2020, deficit RM21.7b 

Malaysia 39th in 2021 Global Food Security Index
below resource-scarce Singapore which is 15th 

liberalise import of food to ensure level playing field and tackle monopolies and oligopolies which adds to the cost of doing business and cost of living

The move has been criticised by local producers who said the move could hurt local farmers and food producers who will have to compete with cheaper imports from larger producing countries, which tend to be highly subsidised.

(OSTB : No this is a stupid argument NOT  to abolish APs. APs are about making the playing field uneven. If Vietnam does not subsidise their rice exports but say Thailand subsidise their rice exports by 10% then our government must impose an extra 10% import duty on rice from Thailand only. This will put prices of Thai rice, Vietnam rice and our rice at the same level again. You dont impose APs on the whole world just because one country Thailand subsidise their rice exports by 10%. Dont be stupid.)

Food security advocates and researchers have mostly agreed that Malaysia’s food security will likely hinge on the political will of elected leaders to make painful reforms that would mostly hurt allies that have benefitted from a distorted supply system that tends to enable cartels and oligopolies.

AP import system had largely enriched politically-connected business elites instead of smallholders, even as he suggested the protectionism afforded by a permit quota could still help smaller producers thrive.

“There are many allegations that the AP system has been abused to allow some parties to monopolise the market,” 

But experts have cautioned about problems that often beset the execution, citing failures of previous blueprints unveiled by several past administrations because of the government’s lack of willingness to address structural deficiencies at every level of the supply chain.

“If Malaysia continues business as usual or the way it does now, the situation may worsen further. This is because the world market may face more shocks in the future,”

My comments :

Tuan-Tuan sistem AP, lesen monopoli, oligopoli berlesen, kartel-kartel yang dilesenkan oleh Kerajaan dsbnya sebenarnya adalah kezaliman. Sistem zalim yang bukan saja memiskinkan rakyat marhaen tetapi in the long run merugikan negara dan bankrapkan syarikat yang dipunyai oleh kaum elit yang tamak.  

Oleh kerana mereka tidak perlu bersaing maka mereka tidak perlu berusaha gigih. They cannot compete. Lama-lama mereka akan membuat kesilapan, tak tahu susun strategi perniagaan, tidak tahu menangani kemelesetan ekonomi dsbnya. Akhir sekali mereka akan bungkus juga dan kita pula yang kena bailout mereka again and again.

Tuan-Tuan, kita mesti celek, sedar dan bangkit untuk menghapuskan sistem ekonomi zalim yang diterajui parti kleptokrat dan konco-konco mereka termasuk parti lebai. Lebai pun sekarang sudah selesa naik kereta Mecedi dan makan duit besar. 

Percayalah serupa dengan Lebanon atau Sri Lanka, ekonomi negara kita pun tidak mampu tampung sistem ekonomi zalim seperti ini. There is an economic cost. Lama-lama ekonomi negara akan bankrap. Bukan saja syarikat itu atau syarikat ini akan bankrap tetapi seluruh ekonomi kita akan bankrap. Bukan saja bank itu dan bank ini akan habis duit tetapi seluruh sistem perbankan akan habis duit. Duit kita pula itu. Kalau tak percaya sila lihat semula video pasal Lebanon di atas tadi.

Malang sekali pihak pimpinan dan kaum elit merupakan satu geng yang sama. Jadi jangan haraplah Kerajaan kita akan membuat perubahan dasar ekonomi. Mereka akan tetap zalimi rakyat. Rakyat akan terus jadi miskin. Melayu akan miskin dulu. 

Tuan-Tuan tidak mempunyai pilihan melainkan menukar Kerajaan dan kita beri peluang kepada Kerajaan baru yang mesti tongsampahkan kesemua dasar-dasar lama yang lapuk, basi, reput dan sudah rosak sejak 50 tahun atau lebih.

Hari itu bekas Perdana Menteri yang tolol begitu seronok mengulangi dasar bodoh untuk memberi duit sedekah kepada rakyat yang menjadi makin miskin.

Maksud sebenar apa yang dia cakap ialah, 'So what kalau kau orang jadi miskin? Tadah tangan sajalah macam pengemis. Kerajaan akan bagi sedikit duit 'cash is king'. Kau orang ambil-lah'.  

Jadi itulah dasar ekonomi mereka bagi masa depan negara dan rakyat kita. Mereka mahu kita menadah tangan minta sedekah serupa pengemis Rohingya di luar masjid pada hari Jumaat. 

Mereka pula akan bergegas masuk ke dalam masjid dan menadah tangan untuk meng-aminkan doa untuk diperbanyakkan lagi "rezeki" mereka pula.  Banyak cantik.

Tuan-Tuan tolonglah - open your eyes.  Bangkitlah orang Melayu.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.