`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, May 19, 2022

Lelaki maut disyaki terjatuh pangsapuri

 

Orang awam menyerahkan dompet dan kunci motosikal disyaki milik mangsa yang ditemui di tangga blok B tingkat lapan pangsapuri itu kepada polis.

PETALING JAYA: Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai terjatuh dari pangsapuri Sri Gohtong di Medan Batu Caves, Selayang, semalam.

Menurut laporan Kosmo, polis menerima maklumat berhubung kejadian pada 2.21 petang menerusi panggilan kecemasan MERS 999 daripada seorang lelaki tempatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Zainal Mohamed Mohamed berkata, hasil siasatan awal dan pemeriksaan ke atas mangsa yang dipercayai berusia 20-an itu tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri.

“Pemeriksaan lanjut menjumpai barang peribadi disyaki milik mangsa, iaitu satu unit telefon bimbit jenis Vivo, satu unit fon telinga dan cermin mata hitam yang pecah,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Katanya, orang awam turut menyerahkan dompet dan kunci motosikal disyaki milik mangsa yang ditemui di tangga blok B tingkat lapan kepada polis.

“Pemeriksaan ke atas dompet mangsa menjumpai wang tunai RM639 dan satu tangkal kain kuning yang mempunyai tulisan Cina.

“Hasil semakan rakaman CCTV di lokasi kejadian mendapati mangsa terjatuh dari bangunan tersebut pada 1.46 petang,” katanya selain menambah bahawa mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat lengkap diperolehi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.