`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, May 7, 2022

Licik guna gambar KJ, KKM nafi peraku produk ganti ubat rawat diabetes

 

Kementerian Kesihatan menafikan memberi perakuan merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah yang menggunakan gambar Khairy Jamaluddin. (Gambar KKM)

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah memperakukan produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah.

Perkara itu dimaklumkan KKM bagi menjelaskan tindakan laman Facebook ‘Ainalienshop-TW’ yang cuba mengelirukan orang ramai dengan menggunakan gambar diubah suai, memaparkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berserta kapsyen ‘blood sugar returns to normal’ (paras gula dalam darah kembali normal), lapor Bernama.

“KKM menyeru agar masyarakat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan yang tidak diketahui kesahihannya.

“Kementerian juga sekali lagi ingin menegaskan kepada pengusaha atau pemilik produk untuk lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan serta mengelirukan orang ramai,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi Twitter beliau malam ini, berkata perkara itu adalah satu lagi berita palsu disebarkan individu tidak bertanggungjawab untuk kepentingan perniagaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.