`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 8, 2022

Pahang Menjawab "Uncle Syed"

 Pada 29hb April saya telah komen sedikit pasal Kerajaan Pusat batalkan (lupuskan) hutang RM2 billion yang patut dibayar oleh sebuah Kerajaan Negeri. Saya tidak sebut nama negeri berkenaan atau apa-apa pun berkenaan kerajaan negeri itu. Fokus saya kepada Kerajaan Pusat yang telah "batalkan" RM2 billion hutang duit rakyat dengan begitu saja.

Tetapi ada pula pegawai komunikasi kerajaan negeri Pahang yang telah "jawab"  tulisan saya itu.  First kita dengar apa yang dia cakap:



 

Ok terima kasih kepada pegawai komunikasi kerajaan negeri Pahang atas penjelasan ini. Panjang juga penjelasannya tetapi sebenarnya it does not explain anything. 

Di sini elok saya ulangi apa yang saya telah menulis pada 29hb April. Saya tulis sikit saja.

Begin quote :  ("Allahu Akbar !  

Jadi depa sudah habiskan duit rakyat RM2 Billion. 

Memang sah bahawa duit RM2 billion depa belanja itu tidak ada ROI atau Return on Investment atau pulangan yang berbaloi. 

Sebab itu depa tak boleh bayar balik hutang RM2 Billion kepada Kerajaan Pusat.

Tapi Kerajaan Pusat kata, 'Takpa, takpa, takpa. Jangan risau. Hangpa tak payah bayar balik pun. Bukan duit bapak kami pun. Duit RM2 billion itu duit rakyat saja. Duit daripada kutip cukai.  Takpa, takpa, takpa. Esok kami boleh kutip cukai lagi. Don wori.

Allahu Akbar !

Tanya soalan ciput boleh tak? Ke mana pergi duit RM2 billion? Bayar kontrak kut - buat jalan, buat masjid, buat surau, buat jalan, buat masjid, buat surau. 

Soalan ciput sikit lagi - Tuan-Tuan dapat tak kontrak-kontrak itu? Siapa dapat ya agaknya? Tahniah, tahniah") End quote.

Baik biar saya jawab sedikit:

1. Memang pun duit kita RM2 billion itu adalah hutang. Hutang is hutang. Kalau hutang boleh dilupuskan maksudnya hutang itu sudah tukar jadi 'grant' atau hadiah duit RM2 billion.  

Serupa 'pinjaman PTPTN' (yang mesti dibayar) boleh bertukar menjadi biasiswa (tak perlu bayar balik). Tetapi pinjaman PTPTN boleh bertukar menjadi biasiswa hanya dengan markah tinggi CGPA. 

Apakah markah tinggi 'CGPA' kerajaan negeri Pahang yang layak tukar hutang RM2 billion jadi 'biasiswa' RM2 billion? 

Tetapi nasihat saya kepada Kerajaan Negeri Pahang macam ini lah - lain kali jangan pinjam duit daripada Kerajaan Pusat. Terus minta 'grant' sahaja.  

Janganlah buang masa tandatangan perjanjian pinjam duit, buang masa negotiate dengan Kementerian Kewangan, buang masa hantar rombongan ke Putrajaya dsbnya. Dont waste time. Terus minta duit free sahaja. Kalau nak duit RM2 billion atau RM3 billion isikan saja wang tunai dalam guni, angkat atas lori dan terus bawa balik ke Pahang.  

2.  Saya telah tulis,  "Memang sah bahawa duit RM2 billion depa belanja itu tidak ada ROI atau Return on Investment atau pulangan yang berbaloi."  Ini memang betul sebab kalau duit RM2 billion itu mampu menjana  Return on Investment atau pulangan yang berbaloi maka sudah tentu kerajaan Negeri akan mampu membayar balik hutang RM2 billion itu. Tetapi jelas sekali hutang RM2 billion itu tidak terbayar sebab return on investment atau pulangan tidak cukup. 

3. Memang pun Kerajaan Pusat akan kutip duit cukai daripada rakyat seluruh negara untuk menutup hutang RM2 billion itu. Kita tidak perlu sekolah pun boleh faham fakta ini. This is a fact. Dan duit RM2 billion itu pun pada mulanya datang daripada  kutipan cukai. Sdra pegawai komunikasi mungkin tidak jelas bahawa Kerajaan Pusat ke, kerajaan negeri ke, kerajaan tempatan, majlis daerah ke, majlis bandaran ke SEMUANYA TIDAK MEMPUNYAI DUIT SATU SEN pun. Saya akan jelaskan perkara ini sedikit lagi selepas video Margaret Thatcher di bawah.

4. Saudara pegawai komunikasi kata saya menuduh Kerajaan negeri Pahang "seronok-seronok bagi kontrak kat orang".  Sila baca balik tulisan saya di atas. Tidak ada sekali pun saya menuduh Kerajaan negeri "seronok-seronok bagi kontrak kat orang". So please do not put words in my mouth. Tak baik macam itu.

Tetapi saya nak tanya sedikit soalan lah - 

a. Apakah orang yang mendapat kontrak-kontrak jumlah RM2 billion itu seronok atau tidak seronok bila dapat kontrak? 

b. Apakah orang yang dapat kontrak-kontrak jumlah RM2 billion itu beruntung dan berbaloi atau mereka rugi dan tidak berbaloi? 

Katakanlah orang yang dapat kontrak itu beruntung dan berbaloi (dan katakanlah mereka pun rasa seronok) pasal apa pula hutang RM2 billion itu tidak dapat di bayar balik?

5. Kepada Kerajaan Pusat pula - jika Kerajaan Pusat lupuskan hutang kepada negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Kelantan dsbnya itu bukan satu alasan yang baik. Ianya bukan cara pengurusan kewangan negara yang baik pun.  

Sebab dia begini - somebody must pay for the hutang yang di-lupuskan itu. Mesti ada orang yang kena tanggung beban hutang yang di-lupuskan itu. Duit RM2 Billion itu bukan jatuh dari langit. Dari mana datang duit RM2 Billion itu? 

Duit itu datang daripada saya. Dan berjuta rakyat negara yang bayar cukai. 

Saya pernah terima surat saman daripada Jabatan Income Tax suruh saya bayar cukai (beberapa ratus Ringgit saja). Dan pada satu ketika dulu saya pula terlebih bayar cukai (cukai RPGT) tetapi Jabatan Income Tax TIDAK PULANGKAN duit cukai yang saya terlebih bayar itu kepada saya.  Jabatan Income Tax kata dia akan tahan duit saya untuk ditolak daripada cukai tahun akan datang !! Kepala bapak dia.  

Jadi mesti ada orang yang akan pikul beban bayar duit RM2 billion yang sudah diconvert daripada pinjaman yang harus dibayar balik tukar menjadi biasiswa yang tidak perlu dibayar balik. Yang oikul beban itu adalah kita - rakyat negara.

Dan berapa banyakkah beban hutang negara yang kita rakyat biasa terpaksa tanggung sehingga hari ini? Jawapannya adalah RM979.8 billion !! Laporan media yang latest bertarikh 21 Mac 2022 kata hutang negara adalah RM979.8 billion.


 

Jadi saya tak tahulah jika sdra pegawai komunikasi negeri Pahang akan berseronok atau tidak berseronok bahawa Pahang pun telah membuat sedikit sumbangan (sebanyak RM2 billion) kepada jumlah hutang negara RM979.8 billion itu.

6. Dan penjelasan bahawa Kerajaan Pusat telah mengambil alih aset projek air atau mengambil alih pengurusan syarikat air dsbnya bukan satu penyelesaian pun. That is not an answer at all lah brader. Hutang masih tidak dibayar.

Daripada dulu lagi Kerajaan Pusat memang jaguh ikut business model serupa ini. (I call it business model "nenek tua"). Dulu bila bank kepunyaan Kerajaan banyak hutang dan nak bungkus, Kerajaan Pusat gunakan syarikat minyak untuk takeover bank itu. 

Bila syarikat kereta nasional banyak hutang dan nak bungkus Kerajaan Pusat gunakan syarikat minyak untuk takeover kereta nasional.

Bila syarikat penerbangan nasional banyak hutang dan nak bungkus Kerajaan Pusat buka syarikat baru dan mengambil alih aset syarikat penerbangan.  

Dan sekarang pula ada DUA BUAH SYARIKAT oil and gas gergasi yang berhutang berbillion Ringgit yang dekat nak bungkus. Kemungkinan besar mereka akan gunakan duit rakyat untuk "bailout" kedua syarikat itu juga.

Jadi kepada sdra pegawai komunikasi negeri Pahang, there is nothing new lah. Ini business model nenek tua.

Tetapi hutang negara makin meningkat. Sekarang sudah sampai RM979.8 billion. 

Soalan cepu mas :

1. Siapa yang telah belanjakan semua duit hutang itu?

2. Siapa yang akan tanggung beban bayar  duit hutang itu?

Sekarang kita dengar lah kata-kata hikmah Puan Margaret Thatcher, Perdana Menteri Britain dulu yang menjelaskan apa maksudnya duit rakyat.




Memang betul Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, kerajaan tempatan, majlis daerah, majlis perbandaran semuanya tidak mempunyai duit sendiri satu sen pun.

Segala duit yang "ada" dengan  Kerajaan adalah duit rakyat. Itulah maksudnya public funds termasuk taxpayers funds. 

Yang lebih penting ialah hakikatnya bahawa Kerajaan Pusat, Kerajaan negeri dsbnya tidak mempunyai sebarang HAK untuk belanjakan satu sen pun daripada duit rakyat itu.

Sebab itulah setiap tahun Kerajaan Pusat perlu mendapat kelulusan majoriti Wakil Rakyat di Parlimen untuk meluluskan Belanjawan Kerajaan (Federal Budget). 

Walaupun Kementerian Kewangan atau Treasury memegang berpuluh billion Ringgit wang tunai daripada cukai dan duit hasil tetapi Kerajaan Pusat langsung tidak berhak belanjakan satu sen pun daripada duit itu tanpa kelulusan Belanjawan Tahunan oleh Wakil Rakyat di Parlimen.

Maka sebab itulah pada tahun 2021 PM Brader Ma'el terpaksa tandatangani MoU bersama DAP dan PKR   untuk kerjasama mereka meluluskan belanjawan 2022 di Parlimen.

Jika Belanjawan tidak diluluskan oleh Wakil Rakyat maka Perdana Menteri serta Kabinetnya akan terpaksa meletak jawatan. 

Inilah sistem check and balance dalam sistem demokrasi berparlimen kita di mana pihak pemerintah (Executive) senantiasa di beri peringatan bahawa mereka hanya pemegang amanah bagi rakyat. 

Mereka bukan serupa Emir Tanah Arab atau Maharaja Gengis Khan yang menganggap duit dan harta rakyat itu seolah duit mereka sendiri.

Akhir kalam saya berterima kasih kepada saudara pegawai komunikasi Pahang atas feedback beliau kepada saya 'Uncle Syed'. 

Saya setuju nada suara dan bahasa saya mungkin pedas, sinis, mengkritik dan sarcastic. 

Tetapi yang lebih penting daripada itu adalah isi  kandungan dan mesej yang ingin disampaikan.   Saya harap Kerajaan Pusat (dan juga Kerajaan negeri) akan memberi sedikit perhatian kepada penulisan saya.  

Dalam tempoh empat tahun Kerajaan Pusat telah bertukar empat kali dan Perdana Menteri pun telah bertukar empat kali. Beberapa kerajaan Negeri pun telah tumbang di sana sini, sehingga rakyat marhaen tidak kenal lagi nama atau muka ramai Menteri Besar dan Ketua Menteri. Zaman sudah berubah. Buatlah kerja dengan baik-baik.


 Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.