`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 6, 2022

Pekerja bengkel langgar lari motosikal guna MPV pelanggan

 

Tangkap layar video tular menunjukkan sebuah motosikal dilanggar kenderaan pelbagai guna Proton Exora. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pekerja bengkel warga Pakistan melarikan diri selepas melanggar sebuah motosikal menggunakan kereta milik pelanggan yang dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari Gombak menghala ke Ampang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Azman Shari’at, berkata kemalangan berlaku pada 28 April lalu kira-kira 6 petang membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dan motosikal Yamaha Y15ZR.

Azman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku ketika kedua-dua kenderaan berkenaan dari arah Gombak menghala ke Ampang.

“Ketika motosikal yang dipandu lelaki berusia 23 tahun berada di lorong kanan, sebuah MPV dipandu lelaki warga Pakistan berusia 35 tahun yang berada di lorong tengah tiba-tiba mengubah laluan ke lorong kanan.

“Penunggang motosikal tidak sempat mengelak menyebabkan motosikalnya dilanggar di bahagian sisi kanan lalu tercampak di tepi kanan jalan.

“Selepas perlanggaran itu, MPV berkenaan dilihat meninggalkan lokasi kejadian,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012 4401093.

Terdahulu, tular di sosial media menunjukkan sebuah Proton Exora melanggar lari motosikal di MRR2. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.