`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, May 10, 2022

Polis siasat kematian bayi 11 bulan di rumah pengasuh

 

Ketua Polis Kajang Mohd Zaid berkata, bedah siasat dijalankan di unit forensik Hospital Serdang dan laporannya adalah ‘Pending Laboratory Analysis’.

PETALING JAYA: Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian seorang bayi lelaki berusia 11 bulan selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada bawah jagaan pengasuhnya di sebuah rumah di Kajang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Serdang yang memaklumkan seorang bayi menerima rawatan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Keterangan pengasuh telah diambil dan setakat ini siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut.

“Bedah siasat telah dijalankan pada hari ini di unit forensik Hospital Serdang dan laporannya adalah ‘Pending Laboratory Analysis’,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Zaid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan setakat ini, belum ada tangkapan dibuat.

Katanya, orang ramai mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai terdekat atau pegawai penyiasat, Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.