`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, May 8, 2022

Polis siasat video tular dakwa anggota trafik iring kenderaan milik anak ahli Parlimen

 

Video tular memaparkan dua anggota polis trafik kelihatan sedang mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak ahli Parlimen.

PETALING JAYA: Polis Pulau Pinang melakukan siasatan terperinci susulan satu video tular yang menunjukkan seorang lelaki memandu kenderaan sambil diiringi dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Bukit Gambir.

Menurut Ketua Polis negeri Mohd Shuhaily Mohd Zain, satu kertas siasatan tatatertib juga telah dibuka terhadap dua anggota polis terbabit selepas rakaman berdurasi 20 saat itu tular di media sosial sejak semalam.

“Pada Sabtu (semalam) kira-kira jam 8.36 malam terkesan satu rakaman video yang tular berdurasi 20 saat, dimuat naik oleh pemilik akaun anwarazeez.

“Rakaman tersebut memaparkan seorang lelaki (orang awam) memandu sebuah kenderaan dan diiringi dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik PDRM.

“Kita mengesahkan kejadian yang berlaku di Jalan Bukit Gambir itu dan pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Facebook, dua anggota polis trafik kelihatan sedang mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak ahli Parlimen.

Video itu dikecam warganet kerana tidak berpuas hati dengan individu terbabit yang menggunakan khidmat anggota polis trafik untuk meredah kesesakan jalan raya di Pulau Pinang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.