`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, May 7, 2022

Rempuh mati pemotong rumput, pelajar tak ada lesen pandu MPV ditahan

 

Remaja berusia 16 tahun itu dikatakan memandu laju dan hilang kawalan serta terbabas lalu merempuh dua pokok sebelum merempuh dua pemotong rumput. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pelajar lelaki sekolah menengah berusia 16 tahun yang memandu tanpa lesen ditahan selepas merempuh dua pemotong rumput, di mana seorang daripadanya maut, dalam kejadian di Jalan Pintasan Semeling, Sungai Petani, hari ini.

Ketua Polis Kuala Muda Zaidy Che Hassan, berkata siasatan mendapati remaja berkenaan memandu kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Setakat ini, remaja terbabit sudah ditahan dan kita masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Remaja terbabit yang memandu Perodua Alza tidak cedera dan dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Difahamkan, setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut sama ada remaja berkenaan memang diizinkan atau dia membawa MPV terbabit tanpa pengetahuan pemiliknya.

Dalam kejadian 11 pagi itu, seorang pekerja pemotong rumput warga Myanmar, Cinglowpa, 20, meninggal dunia akibat parah pada kepala manakala rakan senegara berusia 33 tahun patah bahu kanan selepas dirempuh sebuah MPV ketika mereka berehat di bahu jalan.

Terdahulu, MPV yang dikatakan dipandu laju itu hilang kawalan serta terbabas dan merempuh dua pokok sebelum ia merempuh pula dua mangsa berkenaan.

Ketika kejadian, mangsa yang meninggal dunia sedang duduk atas rumput, manakala rakannya yang parah pula berada atas motosikal yang diletakkan di bahu jalan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.