`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 18, 2022

Saya Sudah Cakap Dari Dulu Lagi, Gaji Minima Naik, Harga Barang Mesti Akan Naik.

 Utusan Malaysia kata : Harga barang dijangka melonjak 60% bulan hadapan disebabkan oleh sikap tamak para peniaga. . . 

 
Ya ke? Jadi saya ada sedikit soalan cepu mas: Bila Kerajaan terasa nak naikkan harga minyak, naikkan harga naik haji atau naikkan cukai GST, apakah ianya sebab Kerajaan bersikap malaikat ? Boleh tak Utusan cuba jawab?
 




KUALA LUMPUR: Harga barang dijangka melonjak 60% bulan hadapan disebabkan oleh sikap tamak para peniaga di samping ekoran pelaksanaan gaji minimum RM 1,500, menurut laporan Utusan.

bermula Ramadan barangan asas daging, ayam, sayur melonjak naik.

Rangkaian --- Shop harga hanya RM 2.10 naik harga RM 2.40 bermula 1 Jun

gaji minimum RM1,500 menyebabkan kuasa membeli bertambah, jadinya peniaga mengambil kesempatan meningkatkan harga

My comments : Jadi Tuan-Tuan, elok kita bersedia sajalah. Harga barang pasti akan naik.

Gaji Minima sudah naik RM1,500 bermula 1hb Mei, 2022. Kenaikan sebanyak 25% daripada Gaji Minima RM1200 dulu. 

Jadi bermula hujung bulan ini ramai majikan akan dibebani kenaikan kos sebanyak 25% untuk membayar  Gaji Minima. Katakanlah ada sebuah kilang atau supermarket yang bayar Gaji Minima sebanyak RM100,000 sebulan. Sekarang mereka terpaksa bayar RM125,000 sebulan - kenaikan sebanyak 25%.

Masalahnya ialah produktiviti pekerja itu tidak akan (atau sangat mustahil) bertambah  25% ataupun 10%.   Katakanlah Aida dan Liza dua orang pekerja Gaji Minima di kilang Milo menghasilkan 100 kotak Milo seorang pada setiap hari (ini contoh saja ok). Mustahil sekali bahawa bermula 1hb Mei 2022 kedua Aida dan Liza dengan tiba-tiba boleh menghasilkan 125 kotak Milo seorang setiap hari. 

Katakanlah kedua Aida dan Liza juga sangat suka minum Milo Ais di kedai mamak. Tetapi sebelum kenaikan Gaji Minima mereka hanya mampu minum Milo Ais dua kali seminggu (sebab harganya mahal juga, RM3.00 atau lebih).  Tetapi bila Gaji Minima naik RM300, maka Aida dan Liza "mampu" minum Milo Ais EMPAT kali seminggu. 

Dan begitu juga dengan kesemua pekerja Gaji Minima lain di seluruh negara, dari Perlis sampailah ke Sabah, yang minat minum Milo Ais. Sebab Gaji Minima sudah naik mereka semua akan mampu minum lebih banyak Milo Ais (atau Milo panas) berbanding sebelum kenaikan gaji.

Jadi kesemua kedai mamak akan kehabisan stok Milo dengan lebih cepat. Mereka terpaksa beli lebih banyak Milo daripada supplier dan wholesaler. Supplier dan wholesaler pula akan terpaksa menambahkan order daripada kilang Milo.

Tetapi kilang Milo pula akan jawab (ini contoh saja ok) 

1.  "Sorry kami tak boleh tambahkan supply Milo buat masa ini".   

2. "Sorry kami terpaksa naikkan harga Milo".

Wholesaler akan tanya "Kenapa pula'? Kilang Milo akan jawab:

1. Sebab walaupun Gaji Minima sudah naik RM300 jadi RM1,500 tetapi pekerja kami Aida dan Liza hanya boleh keluarkan 100 kotak Milo seorang bagi setiap hari. Produktiviti mereka tidak bertambah. Jadi kami tidak boleh menambahkan supply Milo dari kilang kami.

2. Sebab Gaji Minima sudah naik 25%, maka kos bayar gaji bulanan dan kos pembuatan syarikat kami (manufacturing costs) pun bertambah. Jadi kami kena naikkan harga Milo sekurang-kurangnya xy% untuk cover kos kenaikan Gaji Minima yang lebih itu.

Jadi wholesaler di Pahang, Perlis, Selangor, Sabah dan semua negeri lain tidak ada pilihan. Mereka akan terpaksa merebut stok Milo yang sedia ada. Maka harga Milo pun akan naik. 

Serupa juga dengan juga dengan kilang kasut selipar, harga ikan bilis akan naik, harga sabun akan naik, harga kaca mata akan naik.   

Harga semua barang akan naik sebab Kerajaan telah naikkan Gaji Minima secara Kun Fa Ya Kun (Jadilah! Maka terjadilah pun. In English "Be and it is!").

Jadi setiap kali Gaji Minima naik, harga semua barang pun akan naik.  

Jadi apa gunanya kenaikan Gaji Minima jika harga barang pun naik 50%, 60% atau berpuluh peratus?

Dulu sebelum zaman Gaji Minima harga Milo Ais kurang RM2.00 satu gelas. Selepas Gaji Minima RM1200  harga Milo Ais sudah naik sekitar RM3.00+. Sekarang dengan Gaji Minima RM1,500 harga Milo Ais pasti akan naik lagi.

Tuan-Tuan, "Kun Fa Ya Kun" ada disebut dalam Al Quran.  Kuasa Allah swt.

Dalam buku teks ekonomi pula tidak di sebut pun.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.