`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 9, 2022

Segera lantik warden asrama sepenuh masa, KPM diberitahu

 

Pelajar akan kembali ke sekolah berasrama penuh hujung minggu ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) mengulangi gesaan supaya Kementerian Pendidikan (KPM) melantik warden sepenuh masa di sekolah berasrama penuh bagi mengurangkan beban guru yang terpaksa memikul tugas warden.

Jawatankuasa itu mengambil maklum usaha awal KPM turun padang mendengar keluhan dan bercakap dengan guru yang turut berkhidmat sebagai warden tetapi belum ada keputusan jelas untuk menyelesaikan masalah itu sehingga kini.

“Memandangkan hujung minggu ini, proses kemasukan pelajar berasrama penuh akan berjalan, maka wajar KPM mengumumkan langkah bagi memastikan guru yang memikul tugas warden tidak terbeban,” kata jawatankuasa itu dalam kenyataan.

Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang diterima masuk ke sekolah berasrama penuh seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (RMC) akan dibenarkan mendaftar secara fizikal mulai 13 hingga 16 Mei ini.

Tambahnya, kedudukan jawatan warden sepenuh masa itu mestilah sama dengan kedudukan jawatan jurulatih sepenuh masa, kaunselor berdaftar dan pembantu makmal.

Katanya, jumlah warden dengan nisbah jumlah pelajar mestilah “realistik dan mencukupi”.

“Dalam masa terdekat, tindakan awal dan wajar KPM adalah menaikkan elaun warden kepada guru yang memikul tugas tersebut,” katanya.

Disember lalu, Timbalan Menteri Pendidikan, Mah Hang Soon berkata, kementeriannya akan mengkaji cadangan mewujudkan jawatan warden sepenuh masa di sekolah berasrama penuh bagi menangani kes seperti buli. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.