`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 22, 2022

Status bekalan ayam di Selangor dimaklum esok

 

Media sebelum ini melaporkan Pengerusi Persatuan Penternak Ayam Selangor, Idrus Zainal Abidin mengesahkan tiada pengeluaran ayam dari ladang semalam disebabkan isu bekalan yang berpunca daripada ayam sakit.

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini pada esok (23 Mei).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, pihaknya perlu berbincang dengan Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri yang dipengerusikan Izham Hashim terlebih dahulu untuk mengetahui status sebenar bekalan bahan mentah itu.

“Kita kena tengok maklumat sebenar dahulu, adakah kerana unsur bekalan kurang ataupun mungkin elemen lain.

“Jadi, Isnin ini kita tengok (hebahan status bekalan ayam). Saya bincang dahulu dengan Izham apa masalahnya sebab bekalan ayam memang di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hanya jaga harga barang.”

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Kursus Perdana Musim Haji 1443 Hijrah peringkat Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam.

Kelmarin, media melaporkan Pengerusi Persatuan Penternak Ayam Selangor, Idrus Zainal Abidin mengesahkan tiada pengeluaran ayam dari ladang semalam disebabkan isu bekalan yang berpunca daripada ayam sakit.

Khamis lalu, Izham ketika mengulas bekalan ayam di Selangor berkata, rakyat negeri itu tidak perlu khuatir kerana ia masih terkawal, terutama apabila kerajaan bersetuju tidak mengenakan permit import (AP) bagi mengimport sebarang bahan makanan yang berkuat kuasa serta-merta. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.