`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 18, 2022

69,000 anggota siap siaga hadapi bencana

 

KUALA LUMPUR: Seramai 69,754 kekuatan sumber manusia terlatih termasuk daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tersedia bagi aspek pengurusan bencana di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Armizan Mohd Ali, berkata sebanyak 7,906 pusat pemindahan sementara dikenal pasti bagi menampung sehingga 1.9 juta mangsa banjir semasa Monsun Timur Laut.

Menerusi data di Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), beliau berkata pergerakan luruan monsun kedua telah bermula dan berlaku hujan sejak awal pagi tadi khususnya di Kelantan, Terengganu, dan Pahang.

“Justeru kita harapkan semua pihak bersedia menghadapi kesan risiko banjir yang akan berlaku di sesetengah tempat khususnya negeri-negeri di kawasan pantai timur di Semenanjung Malaysia,” katanya selepas menghadiri taklimat di NDCC.

Beliau berkata aspek pengurusan bencana pada tahun ini ditambah baik dengan mengemas kini SOP, menyediakan taklimat dan simulasi bencana, serta libat urus dengan komuniti setempat seperti ketua kampung, golongan belia, dan NGO.

Sementara itu, Armizan akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, dan Kementerian Komunikasi dan Digital bagi menyelaras penyaluran maklumat rasmi kepada orang awam dengan pantas.

Beliau berkata melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), syarikat telco turut bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk menyalurkan maklumat menerusi SMS kepada penduduk di lokaliti yang diramalkan berisiko banjir serta hujan lebat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.