`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, December 30, 2022

Lelaki jadikan anak tiri pemuas nafsu sejak 2021 dicekup

 

Polis berkata suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang disyaki merogol anak tirinya berusia 13 tahun sejak 2021 ditahan di rumahnya di Batu Kikir, Negeri Sembilan, semalam.

Ketua Polis Jempol, Hoo Chang Hook, berkata suspek berusia 34 tahun ditahan pada 5 petang semalam.

Katannya, polis menerima laporan mangsa yang mendakwa dirogol suspek pada 10 malam 10 Dis lalu.

“Ketika itu mangsa berada di rumah di Batu Kikir dan sedang tidur di ruang tamu sebelum dirogol suspek.

“Selepas kejadian itu mangsa menceritakan kepada kakaknya sebelum membuat laporan polis,” katanya menurut Berita Harian.

Hoo berkata, suspek direman selama tujuh hari hingga 5 Jan depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

“Mangsa ketika ini diletakkan bawah jagaan neneknya sementara pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat kelulusan bagi permohonan perlindungan interim (IPO) terhadapnya,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.