`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, December 31, 2022

Biar Sabah, Sarawak tentukan polisi imigresen, menteri jawab Zaid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Armizan Mohd Ali memberitahu Zaid Ibrahim sebarang perubahan polisi imigresen berhubung kemasukan ke negeri itu ‘biar Sabah dan Sarawak tentukan’.

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Armizan Mohd Ali berkata dasar berhubung prosedur kemasukan mana-mana pihak ke negeri itu termasuk warga Semenanjung ditentukan kerajaan negeri-negeri berkenaan.

Ahli Parlimen Papar itu berkata, peruntukan undang-undang dalam Bahagian 7 Akta Imigresen 1959/1963 memberikan kuasa khas kepada Sabah dan Sarawak apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

“Ini sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC). Perlu atau tidak sebarang perubahan polisi imigresen, biar Sabah dan Sarawak tentukan,” katanya kepada FMT

Beliau mengulas kenyataan bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim yang meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyelesaikan “perkara mudah” dahulu sebelum terus melaksanakan perubahan institusi yang agak mencabar.

Zaid berkata, antara perkara mudah dimaksudkan itu termasuk membabitkan kemasukan penduduk Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

“Bolehkah perdana menteri minta kedua-dua negeri itu supaya membenarkan warga Semenanjung pergi sana tanpa keperluan IC (kad pengenalan) atau pasport?” katanya.

Katanya, peruntukan kuasa imigresen bagi kedua-dua negeri itu mengehadkan kemasukan penduduk Semenanjung hampir 70 tahun lalu mungkin ada asasnya, namun beliau tidak melihat keperluan pelaksanaan itu lagi pada masa ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.