`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, December 31, 2022

Lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh penganggur di Chemor

 

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh esok untuk permohonan reman. (Gambar AFP)

IPOH: Polis menahan seorang lelaki hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang penganggur yang dalam status orang pengawasan polis, yang ditemukan mati di hadapan rumahnya di Taman Klebang Putra, Chemor, di sini semalam.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di Chemor dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh esok untuk permohonan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Ketika ini pihak polis sedang mengesan rakan-rakan sejenayah lelaki itu yang masih bebas,” katanya dalam kenyataan.

Yusri berkata dengan tertangkapnya lelaki berkenaan, pihak polis percaya dapat menyelesaikan kes bunuh itu.

Dilapor, dalam kejadian kira-kira 11.28 malam, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada beberapa anggota badan mangsa.

Polis pada awalnya tidak menolak kemungkinan mangsa adalah mangsa kemalangan namun bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan pelbagai akibat objek tumpul dan kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.