`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 21, 2022

Ban pecah, bah lebih teruk di Pasir Mas, Tumpat

 

Arus deras menyebabkan sebahagian benteng di projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok pecah. (Gambar Facebook)

KOTA BHARU: Semua penduduk di sekitar Pasir Mas dan Tumpat perlu berwaspada susulan sebahagian benteng membabitkan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kampung Tersang pecah susulan arus deras akibat banjir, semalam.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Kamal Mustapha, berkata susulan daripada kejadian itu, banjir yang lebih teruk dijangka berlaku di sekitar kawasan terbabit.

“Benteng berkenaan dibina pada 2018 dengan panjang hampir 20km di kawasan berkenaan dan pernah dibaik pulih sebelum ini kerana retak akibat banjir juga.

“Pihak kami telah menerima laporan itu pada 5 petang tadi dan pihak kami tidak dapat membaik pulih lagi kerana arus deras dan jalan perhubungan telah putus,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kamal berharap penduduk yang berada di kawasan sekitar bersedia untuk berpindah bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 25 saat menyaksikan benteng di Kampung Tersang, Pasir Mas pecah dan kelihatan arus deras mula memasuki ke kawasan sekitar penduduk. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.