`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 20, 2022

Banjir di 5 negeri, jumlah mangsa naik kepada lebih 70,000

 

Seorang pemuda menunggang kuda meredah banjir selepas laluan utama Pasir Mas ke Rantau Panjang terputus akibat banjir. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri meningkat kepada 71,208 orang malam ini berbanding 66,718 orang petang tadi, dengan Kelantan dan Terengganu terus merekodkan peningkatan bilangan mangsa.

Di Kelantan, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa meningkat kepada 31,311 orang malam ini berbanding 26,630 orang petang tadi dan 139 PPS dibuka membabitkan jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.

Di Terengganu, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 39,311 orang daripada 10,937 keluarga berbanding 39,108 orang daripada 10,735 keluarga petang tadi.

Sebanyak 304 PPS beroperasi di semua lapan daerah, dengan Besut merekodkan 9,225 mangsa, Kemaman (8,573 mangsa), Hulu Terengganu (6,375 mangsa), Setiu (4,988 mangsa), Dungun (4,005 mangsa), Kuala Terengganu (2,545 mangsa), Kuala Nerus (1,839 mangsa) dan Marang (1,761 mangsa).

Di Pahang, Sekretariat JPBN memaklumkan bilangan mangsa menunjukkan penurunan malam ini selepas hanya 484 orang daripada 113 keluarga ditempatkan di lima PPS berbanding 873 orang daripada 214 keluarga petang tadi.

Di Johor, jumlah mangsa berkurangan dengan baki 48 mangsa berlindung di PPS malam ini berbanding 53 orang petang tadi, susulan penutupan sebuah PPS, iaitu Balai Raya Kampung Kuala Paya di Segamat, pada 6 petang tadi, menjadikan hanya dua PPS beroperasi di daerah berkenaan.

Di Perak, jurucakap Sekretariat JPBN menyatakan 54 orang daripada 17 keluarga kekal di dua PPS malam ini membabitkan daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.