`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 30, 2022

Bunuh pesakit mental, polis tahan warga asing kerja pusat jagaan

 

Ahad lepas, seorang pesakit mental berusia 52 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di biliknya di pusat jagaan dan kemudian disahkan meninggal dunia.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes kematian penghuni sebuah pusat jagaan pesakit mental di Bukit Beruntung, Hulu Selangor Selasa lepas.

Ketua Polis Hulu Selangor Suffian Abdullah berkata, lelaki berusia 33 tahun itu, pembantu pusat jagaan berkenaan, ditahan pada 1 pagi.

Menurutnya, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan pada Ahad lepas daripada pekerja pusat jagaan berkenaan bahawa seorang lelaki berusia 52 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di biliknya di pusat jagaan itu.

“Mangsa, seorang pesakit mental dan penghuni pusat jagaan itu, diperiksa oleh pembantu perubatan dari Klinik Kesihatan Rasa sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat, tambahnya.

“Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan cedera dan lebam pada kaki dan tangan dipercayai akibat objek tumpul.”

Suffian berkata, motif kejadian masih dalam siasatan.

Hasil ujian saringan air kencing lelaki yang ditahan itu didapati negatif dadah dan dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Menurut Suffian, lelaki terbabit direman tujuh hari sehingga 2 Jan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.