`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, December 10, 2022

Dia Bayar RM60 Juta Lepas Tu Monopoli Dia Kekal Pula. Is That Keadilan? Is That Maslahah (Public Interest) Or Private Interest?

 


Soalan pokoknya dari mana datangnya duit RM60 Juta itu?

Jawapannya duit RM60 Juta itu datang dari kocek kita. That is our money. 

Sebab sejak zaman Mahazalim dan Mahafiraun dulu, dengan dasar-dasar mereka yang zalim dan memiskinkan rakyat marhaen, 33 juta pengguna di Malaysia tidak mempunyai pilihan untuk membeli beras daripada pengimpot lain.  

Sebab impot beras sudah pun dijadikan monopoli oleh Kerajaan Mahazalim dan Mahafiraun dengan memberi lesen monopoli kepada satu syarikat saja sebagai pengimpot beras. Tetapi itu peninggalan daripada zaman Mahazalim dulu. Kenapa pula dasar-dasar kerajaan Mahazalim dan Mahafiraun yang lapuk itu dikekalkan lagi? Ini yang tidak masuk akal. 

Dan apabila kita dapat tahu bahawa taukeh monopoli beras itu boleh setuju untuk "bagi saja" duit RM60 juta untuk di AGIHKAN kepada pesawah maka kita boleh faham-lah surplus cashflow atau alir-tunai yang begitu lumayan daripada perniagaan monopoli beras itu. 

Hanya syarikat monopoli gergasi yang mampu 'bagi saja' duit sebanyak RM60 juta seperti itu. Dan duit itu sebenarnya adalah duit kita - duit 33 juta pengguna dan rakyat Malaysia yang terpaksa beli beras daripada syarikat monopoli. 

Untuk menyimpang sedikit, dari mana datangnya angka RM60 Juta itu? Where did that RM60 million figure come from? Apakah angka RM60 Juta itu hasil kajian oleh Kementerian Pertanian, World Bank atau IMF (contohnya).  Ataupun RM60 juta itu adalah angka ajaib (magic number) yang turun daripada Kerajaan Langit?

And how many pesawah are involved? 200,000 pesawah.
Maksudnya setiap pesawah dapat RM60 Juta / 200,000  = RM300 seorang. 

Tuan-Tuan percayalah duit RM300 cukup untuk membeli dua atau tiga kampit baja tahi ayam saja. 

Dua kampit baja tahi ayam hanya cukup untuk pokok mangga, pokok rambutan dan pokok buah yang lain dilaman rumah saya saja. Memang tak cukup untuk membaja dua ekar atau empat ekar sawah padi. Maksudnya RM300 adalah sikit sangat. It is chicken feed.

Tetapi soalan kita masih tidak terjawab. Where did this magic number RM60 Juta come from? Why not RM80 Juta? Atau RM120 Juta? Atau RM300 Juta? Did you simply pluck the magic number out of the sky? 

Why is this question valid? Kenapa soalan ini penting? Because it shows that the government makes a decision on an ad hoc basis. Arbitrary decision making. Keputusan telah pun dibuat secara terkejut tergempak. Tanpa soal selidik atau kajian yang rapi. Ikut suasana politik (sebelum pilihanraya kecil Padang Serai). 

Yang kita perlu faham ialah satu dasar lama yang menjadi peninggalan daripada zaman Mahazalim dan Mahafiraun dulu masih kekal. Sebab taukeh monopoli sudah pun setuju bayar duit RM60 juta. 

Jelas sekali taukeh monopoli sanggup bayar RM60 Juta sebab keuntungannya jauh melebihi RM60 Juta. No money no talk. Kalau dia tidak boleh buat untung besar macam mana dia boleh setuju bayar RM60 juta itu?

Satu lagi soalan yang timbul ialah apakah mekanisma untuk syarikat monopoli itu membayar RM60 juta itu? Tentu sekali ianya bukan dividen. Derma? Apakah syarikat tersenarai (public listed company) boleh declare bayar derma RM60 juta ?? Akauntan syarikat nak buat catitan dalam buku akaun yang mana satu?

Soalan seterusnya : apakah ini bermaksud semua monopoli lain dalam negara kita yang telah diberi lesen monopoli dan oligopoli oleh kerajaan Mahazalim dan Mahafiraun dulu boleh juga kekalkan kedudukan monopoli mereka dengan membayar sedikit duit?  

Hak (dan duit) 33 juta orang rakyat Malaysia boleh diketepikan jika taukeh monopoli setuju bayar duit? Banyak cantik. 

This is what will happen. Tidak lama nanti syarikat monopoli akan menaikkan harga barang yang dijualnya untuk kaut balik duit yang dia terpaksa bayar tadi. 

Wa akhirul kalam, monopoli yang dilesenkan oleh kerajaan akan merugikan dan memiskinkan 33 juta rakyat dan pengguna dalam negara kita. Percayalah ini telah pun berlaku dalam negara kita sejak zaman Mahazalim dan mahafuraun dulu. Kenapa pula dasar-dasar itu masih dikekalkan?

Kalau orang lain buat tak boleh. Kalau kita buat super ok. Dasar apa pula itu?

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.